Kegagalan Pahang FC 2016 Cermin Kegagalan Pengurusan, Bukan Salah Penswastaan

Melihat Pahang FC yang berada di zon penyingkiran Liga Super ketika ini, timbul persoalan: adakah penswastaan adalah punca utama kejatuhan mendadak skuad Tok Gajah ini?

Pahang memulakan musim 2016 dengan penuh harapan. Mendapat sorakan sokongan daripada ramai pihak kerana langkah berani mereka untuk menjenamakan semula pasukan ini dengan Pahang FC.

Belum pun mereka turun ke padang, pasukan ini sudah dilanda kontroversi dengan pemilihan logo yang minimal dan dikatakan diambil daripda Vectoons.

Baca: Seorang Penyokong Pahang Menjelaskan Mengapa Logo Baru Pahang FC Perlu Ditentang

Namun CEO Pahang FC ketika itu, Fahrizal Hassan mahu semua pihak melihat langkah yang besar yang akan diambil Pahang FC dalam transformasi baru pasukan tersebut.

Berikut adalah antara isu yang digariskan daripada kegagalan Pahang FC

1. Pemilihan jurulatih

Pahang FC memang sudah bersedia dengan kehilangan Zainal Abidin Hassan apabila berita perpindahannya ke Selangor sudah mula bertiup kencang seawal Ogos 2015.

Namun, agak naif apabila mereka melantik Ahmad Shaharudin Rosdi (gambar bawah) yang tidak memiliki CV yang kuat untuk menggalas tugas besar di Kuantan.

saf_1097 (1)

Pahang FC bukan pasukan pertengahan liga. Mereka adalah pencabar utama kejuaraan yang konsisten.

Tanggungjawab mengekalkan prestasi dan reputasi pasukan yang dilakukan Zainal dalam 2 musimnya di Pahang terlalu besar untuk diambil alih seorang jurulatih rookie.

Senarai kejayaan Pahang bersama Zainal Abidin Hassan sejak 2014:

[table]
Kejohanan,Pencapaian 2014,Pencapaian 2015,Pencapaian 2016,
Liga Super,ke-3,ke-3,12*(belum tamat),
Piala Malaysia,Juara,Separuh Akhir,Pusingan Pertama,
Piala FA,Juara,Separuh Akhir,Pusingan Ke-3,
Piala Sumbangsih,Juara,Naib Juara,-,
[/table]

Ia langkah berani untuk Pahang melantik jurulatih seperti Ahmad Shaharudin Rosdi selepas penanda aras yang sangat tinggi diletakkan oleh Zainal Abidin sebelum ini.

Selepas gagal memberikan persembahan yang konsisten, Shaharudin Rosdi digantikan pula dengan Razip Ismail yang sebelum ini ada pengalaman dan rekod yang baik dengan skuad muda kebangsaan.

Beliau membantu skuad muda kebangsaan untuk menjuarai Piala Bangabandhu 2015. Selain itu, Razip juga berpengalaman mengendali pasukan Kuala Lumpur.

Bermula baik sebaik menerima jawatan di Pahang FC, Razip gagal meneruskan momentum selepas cuti bulan Ramadhan dan Hari Raya hingga menyebabkan Pahang tersingkir dari Liga Super 2016.

2. Staff sokongan (backroom staff)

Secara rasionalnya, langkah berani Pahang FC melantik jurulatih baru bukanlah sesuatu yang salah secara keseluruhannya.

Sebaliknya mereka gagal memberikan asas dan platform yang stabil dan sesuai kepada Ahmad Shaharudin Rosdi.

Itu yang dilakukan oleh Juventus ketika melantik Antonio Conte. Itu juga yang dilakukan oleh Barcelona ketika melantik Pep Guardiola dahulu. Mereka menyediakan sistem dan platform yang stabil.

Setiap jurulatih memerlukan staf sokongan mereka tersendiri.

dsc_4872_copy (1)

Jadi ia menjadi cabaran besar bagi mana-mana jurulatih baru Pahang FC untuk melakukan kerja mereka. Ini kerana tidak semua staf peninggalan Zainal boleh sekepala dengan jurulatih baru.

Dengan Zainal yang menerapkan falsafah bola sepak yang 180 darjah berbeza dengan Ahmad Shahrudin dan Razip Ismail, maka tak hairanlah Pahang ada masalah transisi dari musim 2015 ke musim 2016.

3. Pengurusan skuad

Ini adalah faktor terbesar yang menjadi langkah ke belakang oleh pasukan Pahang.

Untuk memastikan transisi Pahang lancar, jurulatih baru seperti Ahmad Shaharudin perlu bekerja dengan pemain-pemain yang berkualiti seperti musim sebelum ini.

Idea untuk menggunakan pemain-pemain muda adalah bukti Pahang FC cuba melakukan revolusi bola sepak.

Tetapi dalam kesebelasan utama pasukan perlu ada juga beberapa pemain senior tempatan yang mempunyai kualiti pemimpin untuk membimbing mereka.

CEO Fahrizal Hassan (gambar bawah) harus mengambil langkah cepat untuk menawarkan kontrak kepada pemain-pemain tertentu dan ada bayangan siapakah pemain yang akan pergi atau harus dilepaskan.

dsc_5220_copy (1)

Backbone! atau tulang belakang! Ini adalah perkataan penting.

Bayangkan, selepas melepaskan Zainal yang sudah menyuntik DNA bola sepaknya dalam bolasepak Pahang, mereka kehilangan pemain pemain berikut.

[table]
Marquee Players (Dalam Liga Malaysia),Status,
1. Khairul Azhan (Penjaga Gol),Tamat Kontrak,
2. Damion Steward (Pertahanan),Tamat Kontrak,
3. Dickson Nwakaeme (Penyerang),Tamat Kontrak,
4. Razman Roslan (Pertahanan),Tamat Kontrak,
[/table]

Ini pula senarai berberapa pemain penting lain yang menjadi tunjang kejayaan mereka sejak 2014.

[table]
Pemain Utama Skuad Yang Keluar,Status,
1. Azammuddin Akil (Tengah),Tamat Kontrak,
2. R. Gopinathan (Penyerang Sayap),Tamat Kontrak,
3. Mattias Conti (Penyerang),Tamat Kontrak,
4. Hafiz Kamal (Tengah),Tamat Kontrak,
[/table]

Nama nama di atas adalah mereka yang menjadi nadi Pahang ketika menjadi antara kuasa bolasepak Malaysia selain JDT.

Pahang kehilangan lebih daripada 70% kekuatan utama pasukan. Anda boleh semak senarai skuad setiap Pahang sejak era Dollah ke Zainal, berapa kali senarai di atas berada dalam pasukan?

Mereka gagal menggantikan pemain-pemain penting dengan pemain-pemain yang tepat. Mereka hilang terlalu banyak pemain-pemain berkualiti. Bukannya 3 atau 4 orang.

Sinar harapan diberikan dengan pengambilan khidmat German Pacheco. Tetapi pada pertengahan musim, beliau juga digantikan dengan pemain import baru.

dsc_4581 (2)

Bagaimana transisi pasukan boleh menjadi lancar kalau pemain silih berganti seperti pakaian?

Sepanjang kempen ini, mereka bergantung kepada bakat muda dalam pasukan. Namun, dalam bolasepak, prospek adalah prospek. Pahang sudah hilang pemain marquee!

Jadi Pahang FC sebenarnya sangat naif untuk mengharapkan prospek muda untuk menggalas tugas pemain senior.

Lebih menakutkan lagi, beban tanggungjawab yang terlalu besar di peringkat awal ini dikhuatiri hanya akan menghalang pembangunan awal karier mereka.

Kesimpulan

Bagi saya, bukan penswastaan yang menjadi masalah utama. Sebaliknya cara Pahang FC menguruskan isu skuad bayangan pada musim seterusnya adalah masalah utama.

Mereka gagal untuk menyediakan pelan yang betul pada pra-musim.

Ia tidak berlaku di Pahang sahaja, malah banyak berlaku di dalam pasukan-pasukan yang lain yang masih di bawah FA Negeri. Semuanya gara-gara pengurusan kontrak pemain yang tidak efisien.

Pemain yang dari batch dan posisi yang sama sepatutnya perlu dielak untuk habis kontrak mereka pada tempoh yang sama. Perkara ini hanya boleh direalisasikan jika ada perancangan rapi dengan sokongan data kemajuan pemain dari batch lain.

Baca juga: Merungkai Taktikal Zainal: Adakah Pahang Merupakan ‘Stoke City’ Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN