Quantcast

BERITA

Kedutaan Argentina Di Malaysia Ucap Tahniah Kepada JDT

Kedutaan besar Argentina di Malaysia turut mengikuti perkembangan bola sepak di negara ini dan menyampaikan ucapan tahniah kepada JDT selepas pasukan dari selatan tanah air itu menewaskan Kedah 3-0 di perlawanan akhir Piala Malaysia.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi, JDT mendahului melalui jaringan pemain tengah dari Argentina, Leandro Velasquez pada minit ke-27 perlawanan.

Skuad kendalian Benjamin Mora itu kemudiannya melebarkan kedudukan melalui sepakan percuma cantik Safawi Rasid pada minit ke-35, dan terus menguburkan sisa perjuangan Kedah melalui tandukan Syafiq Ahmad pada minit ke-58.

KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN AKHIR 🏆 PIALA MALAYSIA 2019

🎉 TAHNIAH JOHOR DARUL TA’ZIM!

#PialaMalaysia2019

Posted by Malaysian Football League on Saturday, November 2, 2019

Selain daripada Leandro dan Gonzalo Cabrera, seorang lagi pemain dari Argentina yang beraksi dalam perlawanan tersebut ialah penyerang import Kedah, Jonathan Baumann.

Manakala Luciano Figueroa pula adalah pengurus pasukan JDT yang turut berasal dari negara tersebut.

JDT CAMPEÓN DE LA COPA DE MALASIA

La Embajada argentina felicita a los nuevos Campeones de la Copa de Malasia, Johor…

Posted by Embajada de la República Argentina en Malasia on Saturday, November 2, 2019

“Kedutaan Argentina mengucapkan tahniah kepada juara Piala Malaysia, JOHOR DARUL TAKZIM FC (JDT), yang memiliki Luciano Figueroa sebagai pengurus pasukan, serta Gonzalo Cabrera dan Leandro Velasquez sebagai pemain,” ujar kenyataan tersebut.

“Kami juga menghargai Jonathan Bauman, seorang lagi pemain dari Argentina yang beraksi bersama Keah.

“Ia adalah satu kebanggan kepada bola sepak Argentina apabila mereka mencipta nama di Malaysia!”

Sejak dari dahulu lagi pemain import dari Argentina sering kali menjadi tumpuan di landskap bola sepak domestik di negara ini.

Antara pemain import kelahiran Argentina lain yang pernah mencipta nama di bola sepak Malaysia ialah seperti Pablo Aimar, Jorge Pereyra Diaz, Bruno Martelotto, Gabriel Guerra, dan Matias Conti.

Melalui perkongsian di media sosial semalam, Duta Argentina ke Malaysia, Manuel Balaguer Salas adalah antara puluhan ribu penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia itu.