Kedudukan Juliano Mineiro mungkin terancam selepas pihak Selangor memilih untuk mengadakan pemilihan import baharu – lapor laman Goal.
Beliau yang hadir dengan kontrak selama 6 bulan sebagai pengganti sementara kepada Andik Vermansah yang tercedera.
Namun begitu, persembahan beliau yang cukup cemerlang membuatkan penyokong Selangor terlupa sebentar akan Andik dan mula meminati beliau.
Menurut P. Maniam, mereka sedang menguji beberapa pemain import baharu dengan khabarnya 10 pemain luar sedang diuji oleh pasukan Selangor.
“Kami ada beberapa pilihan untuk Mineiro. Jika kita punya pilihan yang lebih baik, maka kami akan ganti beliau.”
“Tapi macam saya katakan, pemain tersebut mesti lagi bagus dari Mineiro.”
Walaupun berpotensi akan digantikan, namun Mineiro telah pun berjaya menawan hati Maniam dengan prestasinya.
“Beliau bermain baik dengan menjaringkan 5 gol untuk kami.”
“Jika kami berjaya dapatkan pemain yang lebih baik, kami akan ganti. Jika tidak, kami akan tawarkan lanjutan kontrak kepada beliau.”
Mineiro adalah salah seorang dari 2 pemain import yang berpotensi disingkirkan oleh Selangor. Salah seorang lagi adalah Forkey Doe.
Sementara penyerang Victor Astefei pula akan dikekalkan oleh pasukan untuk sekurang-kurangya hingga musim.