Kedah & Willian Lira Pilih Untuk Berpisah Secara Baik

Willian Lira

Kelab Liga Super, Kedah Darul Aman (Kedah) telah memilih untuk berpisah dengan penyerang utama mereka iaitu Willian Lira.

Spekulasi yang telah menyelubungi perkara ini setelah sekian lama kini telah pun menjadi nyata dengan Lira kini meninggalkan Kedah berhijrah ke Thailand.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kelab, Kedah mengatakan yang Lira dilepaskan atas status “persetujuan bersama” atau mutual termination yang menyaksikan tiada urus niaga penjualan pemain tersebut kepada kelab beliau yang seterusnya.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Kedah juga mengakui berat hati untuk melepaskan Lira yang dianggap menjalankan tugasnya sebagai penyerang dengan baik setakat pertengahan musim perjalanan Liga Super.

“KDA FC dan Willian Lira Sousa telah mencapai persetujuan bersama untuk berpisah selepas beberapa perbincangan mendalam dari kedua-dua pihak.

“KDA FC bersetuju untuk melepaskan Willain Lira dengan rasa berat hati namun menghormati keputusan beliau untuk membawa haluan berbeza dalam tempoh pertengahan Liga Super ketika nisbah jaringan beliau cukup baik dalam setiap perlawanan,” kata Kedah dalam kenyataan mereka.

Spekulasi yang mengaitkan beliau dengan liga Thailand itu hadir apabila terdapat perkhabaran Lira akan berpindah ke saingan tersebut disahkan oleh wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi.

“Difahamkan Liga 1 Thailand bakal jadi destinasi seterusnya buat penyerang kelahiran Brazil ini,” jelas Fadhirul dalam ciapannya.

Kedah dijangka bakal mendapatkan penyerang baharu selepas Lira dilepaskan. Namun begitu, masih belum ada petanda siapakah pemain yang dibawa masuk.

Lira pada awalnya mencipta sensasi namun permulaan yang agak perlahan menimbulkan keraguan dalam kalangan penyokong Kedah.

Namun selepas mula mendapat rentak, persembahan pemain ini semakin baik dan mula membantu Kedah bersaing dalam kelompok atasan Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN