Kedah vs. Hebei China Fortune, 4 Perkara Yang Boleh Dimanfaatkan Oleh Kedah

Kedah vs. Hebei China Fortune adalah perlawanan persahabatan tertutup yang akan berlangsung pada hari ini. Kelab Hebei CF ini adalah kuasa besar dalam pasaran pemain dunia.

Disember lalu mereka meletakkan nama-nama seperti James Rodriguez, Alexis Sanchez dan Lionel Messi dalam senarai pemain sasaran.

Mereka berkata hanya menanti isyarat daripada mana-mana pemain tersebut jika mereka berminat, bayaran gaji mingguan mereka akan turuti dalam apa jua jumlah.

Latar belakang pasukan

Kedah FA

Pasukan ini tidak perlu diperkenalkan lagi dalam landskap bola sepak negara kita. Mereka antara pasukan yang paling berjaya di Malaysia.

Kedah adalah juara liga utama sebanyak 3 kali. Mereka juga ada koleksi 3 Piala FA, 5 Piala Malaysia di dalam trofi mereka. Mereka baru sahaja memenangi trofi Sumbangsih pada 3 hari yang lalu.

Kedah FA players celebrate after won the 2017 Sumbangsih Cup againts Johor Darul Ta’zim by penalty shoot-out at Larkin Stadium. Pix by Rizanizam/asiana.my

Kegemilangan pasukan ini pastinya pada 2007 dan 2008 di mana mereka menjadi satu-satunya pasukan yang melakukan double treble.

Pencapaian yang disifatkan mereka mungkin akan muncul 100 tahun sekali dalam sejarah kelab mereka, kata lagenda Radhi Mat Din.

Pasukan ini bangkit semula di bawah era Tan Cheng Hoe. Memenangi promosi ke liga utama setelah menjuarai Liga Premier pada 2015.

Mereka turut mara ke final Piala Malaysia pada 2015, dan menjuarainya pada cubaan kedua dalam masa 2 tahun pada 2016.

Hebei CF

Kelab ini adalah hasil daripada penjenamaan semula dari kelab Hebei Zhongji yang berpangkalan di wilayah Qinhuangdao, Bandar Hebei.

Revolusi besar-besaran Chinese Super League menyaksikan syarikat besar China Fortune Land Development mengambil kelab ini sebagai sebagai subsidiari mereka pada 2015.

Nama Hebei China Fortune ini mulai digunakan pada musim 2016 selepas kelab ini berjaya menjuarai divisyen 2 dan beraksi di Chinese Super League pada 2016.

Antara pengurus berprofil tinggi yang pernah dilantik mereka adalah Radomir Antic dar Serbia. Pengurus yang pernah menguruskan Barcelona pada 2003 sebelum digantikan oleh Frank Riijkard. Antic juga bekas jurulatih Serbia.

Pada musim 2016, prestasi hambar pasukan ini membawa kepada perlantikan bekas pengurus Manchester City iaitu Manuel Pellegrini yang menggantikan Antic. Tugasan Antic sebelum ini digalas oleh pemangku Li Tie.

Musim lalu adalah musim yang menghampakan untuk skuad yang berbelanja besar sekitar £66 juta ini. Mereka membayar pemain seperti Ezequiel Lavezzi sekitar £400,000.00 seminggu.

Sebelum itu, Gervinho dibayar gaji pokok £165,000 seminggu Namun beliau ada tambahan bayaran bonus setiap penampilan bernilai £50,00 untuk satu perlawanan.

Gervinho juga akan dibayar £130,000 dengan syarat dia mesti menjaringkan gol dalam minggu tersebut.

Perlawanan pra-musim Hebei FC

Untuk pasukan Lang Merah, perlawanan Kedah vs. Hebei China Fortune lebih kepada perlawanan latihan selepas musim bermula. Namun untuk Hebei CF pula ia adalah perlawanan pra musim mereka.

Pasukan ini menyasarkan musim yang lebih baik untuk 2017. Mereka gagal untuk beraksi dalam kejohanan tertinggi di Asia iaitu Asian Champions League.

Kedah perlu opportunist

Kedah harus mengambil kesempatan agar perlawanan ini menjadi titik tolak kepada hubungan di antara kedua-dua kelab.

Walaupun ia cuma 1 perlawanan persahabatan, namun tidak salah untuk menjalinkan hubungan dengak kelab China tersebut selepas ini.

Antara perkara yang boleh dimanfaatkan oleh Kedah FA adalah:

1. Pengurusan

Sesuatu yang Kedah harus ambil kesempatan adalah isu pengurusan. Hebei Fortune memiliki struktur pengurusan yang mantap. Mereka menggunakan sistem pengurus pasukan untuk mengurus dan menjadi ketua kepada jurulatih.

2. Pemain

Pemain-pemain Kedah mungkin akan bermain dalam minit yang terhad. Namun mereka boleh merasai aksi berhadapan dengan bintang dunia seperti Lavezzi, Stephane M’bia dan Gervinho yang masih dalam usia kemuncak.

Selain itu, KFA mungkin boleh mencuba untuk membina kerjasama agar pemain-pemain muda mereka dihantar berlatih di sana atau bermain dengan pasukan remaja mereka dalam tempoh tertentu atas kapasiti pelatih.

3. Jurulatih

Mencerna cara pengurusan dalam perlawanan melibatkan pengurusan taktik dan pemain. Tan Cheng Hoe adalah jurulatih yang berkaliber di negara kita, namun lawannya hari ini ada pengalaman yang sangat luas.

Manuel Pellegrini adalah bekas pengurus pasukan seperti Real Madrid, Malaga dan juga Manchester City.

4. Ekonomi

Ianya mungkin janggal untuk diperkatakan kerana Kedah FA dan Hebei China Fortune adalah 2 organisasi yang sangat jauh bezanya dari segi bajet dalam pengurusan.

Namun aspek seperti cara mereka mendapatkan pulangan atas perlaburan boleh dipelajari. Kemudian cuba belajar cara mereka mengembangkan jaringan perhubungan mereka dengan potensi rakan bersama.

Apa yang mereka lakukan untuk meyakinkan pelabur. Ia melibatkan proses dan prosedur yang tertentu.

Pada 2015, Forbes melaporkan kelab ini dalah kelab ke-7 yang paling bernilai di China dengan nilai $90 juta. Tahun 2015 juga mereka mejana pendapatan sekitar $22 juta. Ia jumlah yang sangat besar.

Inilah ilmu yang harus dikorek oleh KFA. Apakah mekanisme yang mereka gunakan sehingga masih menjana keuntungan walaupun berbelanja sangat besar. Terapkan ia dalam skala yang ada di negara kita.

Rumusan

4 perkara di atas hanya akan dicapai sekiranya pihak Kedah FA opportunist untuk menjalinkan kerjasama khas selepas ini, sama ada ia untuk jangka pendek ataupun sebaiknya jangka panjang.

Hebei China Fortune telah memilih mereka sebagai lawan (sparring) dalam perlawanan persahabatan pra musim mereka, jadi apa salahnya untuk membina perhubungan yang lebih interaktif di antara kedua-dua pasukan.

Itu hanyalah harapan dari kami di semuanyaBOLA pasca perlawanan Kedah vs. Hebei China Fortune. Dan KFA mungkin sudah ada perancangan mereka tersendiri.

Apa pula harapan anda selepas perlawanan Kedah vs. Hebei China Fortune?

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: JDT Gagal Kekalkan Taktikal High Pressing

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN