Pertemuan Kedah dan Selangor adalah di antara finalis Piala Malaysia 2016 dan 2015. Kedah membawa bekalan 1 gol dan 2 jaringan gol tempat lawan daripada Selayang selepas kemenangan 2-3 di sana.
Misi Kedah adalah jelas. Mereka mahu menjadikan kempen Piala Malaysia sebagai pelengkap musim dengan kejuaraan berganda dalam domestik.
Ini selepas mereka menjuarai Piala FA beberapa bulan yang lalu. Kempen Liga Super tidak seperti yang mereka harapkan musim ini.
Isu konsistensi di dalam liga masih menjadi masalah utama mereka. Namun dalam pertandingan piala (cup competitions), pasukan Kedah memiliki keupayaan yang berbeza dalam 3 musim terakhir ini.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Alor Star semalam, pasukan Kedah memastikan mereka pada kedudukan terbaik untuk mara selepas mendahului dengan jaringan Sandro Mendonca pada minit ke-30.
Ianya selepas Ken Ilso dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan lasak Ugo Ukah. Pakar bola mati tersebut, menyempurnakan penalti dengan baik.
Tiada tambahan gol dicatatkan selepas itu. Dan Kedah mara sekali lagi ke separuh akhir Piala Malaysia.
Berikut adalah rangkuman aksi perlawanan ini:
Kedah terus cemerlang dalam Piala Malaysia
Ini adalah kali ke-4 berturut-turut pasukan Kedah mara ke separuh akhir Piala Malaysia sejak 2014.
Dalam tempoh tersebut mereka sudah beraksi sebanyak 2 kali dalam 3 musim terakhir Piala Malaysia iaitu pada 2015 dan 2016.
Daripada 2 final tersebut pula, mereka menjuarainya sekali pada 2016 menewaskan Selangor menerusi penentuan sepakan penalti.
Mampukah Kedah mara untuk kali ketiga berturut-turut ke final Piala Malaysia? Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.