Kedah Terlepas Khidmat 2 Tonggak Utama Sebelum Hadapi Kuching City

Kedah bakal berdepan cabaran getir pada aksi hari ini tanpa khidmat dua pemain utama untuk hadapi aksi Liga Super musim 2024/2025 seterusnya menentang cabaran Kuching City di Stadium Darul Aman (SDA), Alor Setar.

Dua pemain tersebut ialah pertahanan, Rizal Ghazali serta Sukhrob Nurullaev yang dilaporkan masih lagi menghadapi kecederaan serta perlu diketepikan pada aksi menentang Kuching City malam ini.

Terdahulu, Sang Kenari tampil dengan momentum cukup positif sejak beberapa perlawanan lalu daripada segi corak permainan serta penghasilan keputusan untuk terus menarik perhatian ramai pemerhati bola sepak tempatan.

Tampil menjadi satu-satunya kelab yang ditolak tiga mata pada awal musim kerana denda, ianya tidak menghalang anak-anak buah Nafuzi Zain untuk terus bersemangat hadapi cabaran musim 2024/2025.

Malah, pengenalan jersi terbaharu mereka semalam juga sudah tentu menaikkan lagi motivasi pemain untuk menampilkan kualiti permainan terbaik hari ini bagi aksi bertemu Kuching City.

Melihat kepada prestasi semasa pasukan lawan yang semakin baik dan tajam di hadapan gol, sudah tentu Sang Kenari perlu berwaspada dan mengelak daripada dibolosi.

Apatah lagi Kedah berjaya tampil dengan dua kemenangan berturut-turut tanpa bolos pada aksi Liga Super lalu dan pastinya momentum tersebut ingin terus dipertahankan.

Kehilangan dua pemain itu sedikit sebanyak pastinya mampu menggugat momentum semasa sambil para penyokong Sang Kenari sendiri berharap supaya pemain gantian mampu meninggalkan impak tersendiri.

Menurut salah seorang pertahanan utama Kedah iaitu Ariff Farhan Md Isa, beliau mahu mengekalkan fokus terbaik pada aksi ini di jentera pertahanan untuk mengelak daripada dibolosi pihak lawan.

“Kami menggalas tugas penting bagi memastikan gawang tidak dibolosi selepas mengatasi Penang FC 1-0 di tempat lawan dan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-0 di laman sendiri.

“Walaupun kami perlu berdepan KCFC tanpa bek kanan, Rizal Ghazali dan pemain sayap, Sukhrob Nurulloev yang dilanda kecederaan, saya tetap yakin ketua jurulatih, Nafuzi Zain memiliki perancangan terbaik bagi menggalas tugas di dua posisi berkenaan.

“Kami akan tetap berwaspada dan mahu bertahan dengan disiplin di tempat sendiri kerana mahu mengutip tiga mata,” kata beliau menerusi laporan Harian Metro.

Pandangan anda, pemain mana bakal dibawa masuk dalam kesebelasan utama pada aksi malam ini untuk menggantikan khidmat Rizal serta Sukhrob?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN