Kedah Tak Perlu Malu Atas Kekalahan Besar Kepada KL City

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Kedah Darul Aman (Kedah) terpaksa menelan keputusan yang sangat pahit semalam di pentas Liga Super 2024/2025 selepas mereka mencatat kekalahan besar 0-5 di tangan Kuala Lumpur City (KL City).

Lima gol KL City masing-masing diledak oleh jaringan hatrik tonggak Harimau Malaya iaitu Paulo Josue, Jovan Motika, serta Zhafri Yahya untuk berpesta gol di halaman sendiri.

Dalam aksi yang berlangsung di Cheras itu, Sang Kenari yang tampil selaku pelawat menurunkan kesebelasan utama serba baharu bawah kendalian Nafuzi Zain.

Barisan yang dibawa turun itu membabitkan hampir semua pemain muda berusia 23 tahun (B-23) serta hang menyenaraikan seorang sahaja tonggak senior, Afeeq Iqmal.

Melihat kepada keputusan itu, tiada sebab untuk para pemain atau penyokong malu atau terlalu kecewa atas kekalahan tersebut, meskipun dibolosi sebanyak lima jaringan.

Apa tidaknya, Sang Kenari kali ini hanya menampilkan tunas muda yang langsung tidak memiliki sebarang pengalaman di pentas tertinggi Malaysia jika dibandingkan tuan rumah.

Malah pemain senior Sang Kenari yang dibawa turun iaitu Afeeq juga langsung tidak memiliki pengalaman musim ini beraksi di pentas Liga Super apabila beliau dipilih untuk membantu skuad KDA B bgi kejohanan MFL.

Berbanding KL City, mereka tampil dengan pemain yang berpengalaman luas di segenap posisi selain turut dibantu tenaga import untuk mengukuhkan lagi pasukan itu berdepan Kedah.

Di sebalik kekecewaan yang mungkin tersirna dalam sekelompok peminat Kedah, mereka sewajarnya untuk realistik akan keadaan semasa para pemain muda yang mungkin berjuang tanpa kantung terisi.

Apapun, inilah yang para penyokong perlu telan sebuah kisah realiti mengenai keadan semasa pasukan Kedah yang masih diperjuangkan oleh anak-anak muda demi memastikan nama kelab terus hidup, walau diibaratkan umpama ‘kubur tak bernisan’.

Secara positif, para pemain muda Kedah semalam sebenarnya berjaya untuk sekurangnya memberi sedikit persaingan kepad lawan dan memiliki masa depan cerah jika terus digilap oleh Nafuzi.

Tanpa tonggak berpengalaman, pemain bintang, dan diperkuatkan import, Nafuzi perlu diberi penghargaan kerana berani untuk mengetengahkan bakat-bakat muda di pentas tertinggi negara.

Kami di Semuanya BOLA berharap supaya anak-anak muda ini terus kuat serta lebih berkeyakinan pada masa hadapan untuk membawa masa depan baharu Kedah.

Sumber:
Kredit foto: Shah Amirul Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN