Kedah Rangkul Kejuaraan SMJ Cup, Aidil Sharin Puas Hati Aksi Para Pemain

Kedah menjulang kejuaraan mereka yang pertama tahun ini dalam aksi pramusim apabila menjadi juara bagi saingan SMJ Cup di Sabah semalam untuk aksi empat penjuru itu yang melibatkan empat pasukan tempatan.

Walaupun tewas kepada tuan rumah iaitu Sabah semalam dengan keputusan 0-1, Kedah tidak mempunyai masalah apabila perbezaan gol menjadi jurang pemisah untuk pasukan itu bergelar juara meskipun berkongsi mata dengan pasukan Kelantan.

Sarawak salah satu pasukan yang bertanding dalam kejohanan tersebut menduduki kedudukan terakhir tanpa sebarang mata berjaya dipungut sepanjang tiga aksi melibatkan mereka.

Kejohanan yang dilangsung di Stadium Likas itu dijalankan secara sistem ‘round robin’ yang bermula pda 12 Februari lalu dan berakhir pada hari semalam dengan baik tanpa dicemari dengan sebarang insiden yang tidak diingini selain mengikut SOP yang ditetapkan bagi mengelak wabak Covid-19 menyerang para pemain terlibat.

Aidil Sharin Sahak selaku pengendali utama Kedah, menjelaskan segala kerjasama secara berpasukan menjadi motivasi terbaik buat dirinya serta barisan pemain untuk merangkul kejuaraan tersebut dan ini bakal menaikkan lagi semangat untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal bermula tidak lama lagi.

“Apa yang penting, objektif kita tercapai dengan pemain yang baik, kecergasan pemain dan persiapan pemain (yang baik) dalam perlawanan pertama di Sabah.

“Kita nampak kelemahan dan kekurangan, dari situ kita akan baiki (permainan),” katanya kepada pemberita di sini menerusi Bernama malam tadi. 

Dalam pada itu, Aidil meluahkan rasa puas hati dengan prestasi semasa pasukan kendaliannya yang telah menunjukkan corak permainan yang lebih baik dan memuaskan walaupun masih ada beberapa faktor yang perlu diperbaiki.

Jelas pengendali dari Singapura itu, jentera pertahanan Kedah ada menunjukkan peningkatan yang baik sejak beberapa siri perlawanan persahabatan lalu. Namun beliau akui masih ada beberapa kesilapan yang wajar diperbaiki menjelang aksi Liga Super yang bakal membuka tirai tidak lama lagi.

Kedah yang muncul naib juara Liga Super musim lalu menjadi antara pasukan yang sangat menonjol sepanjang pramusim ini dengan siri persahabatan yang hadir dengan rekod positif sepanjang perlawanan.

Pasukan ini juga telah membuat sedikit transformasi dalam kalangan para pemain termasuk lima import baharu menyertai pasukan ini iaiti Dechi Marcel, Jang Suk Won, Marc Vales, Dennis Buschening, termasuk penjaring terbanyak Liga Jordan, Ronald Ngah Wanja.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN