Kedah Perkenalkan Sistem Gred Gaji Kepada Pemainnya

Mendapat ilham daripada satu permainan video popular, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bakal menjadi pasukan yang pertama dalam Liga Malaysia memperkenalkan sistem gred gaji kepada pemainnya.

Menurut Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris, langkah itu dibuat bagi mengimbangi kewangan persatuan itu dan masih dalam peringkat perbincangan untuk dilaksanakan.

Katanya dalam Utusan Malaysia, sistem itu merupakan alternatif baharu dan akan dinilai berdasarkan prestasi dan sumbangan pemain kepada pasukan. Ia bermaksud jumlah gaji dibayar mengikut peringkat tertinggi seseorang pemain itu beraksi.

“Kita dalam proses untuk meletakkan gred pada masa hadapan seperti dalam permainan video ini, sama ada bermain dalam Piala Presiden, mewakili negara atau di peringkat Asia.

“Ini bermaksud apabila seseorang pemain berada di peringkat gred tertentu, dia tahu kemampuan sendiri… Dia juga tahu berapa gaji yang layak dan faedah boleh peroleh,” katanya.

Difahamkan KFA mengambil langkah tersebut bagi mengelakkan isu tunggakan gaji berulang lagi pada masa depan.

Kedah muncul sebagai juara Unity Shield 2019 minggu lepas.

Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFAM), Rezal Zambery Yahya baru-baru ini mendedahkan dalam media tempatan kira-kira 300 kes tunggakan gaji pemain dan penamatan kontrak secara tidak sah telah dilaporkan kepada PFAM sejak lima tahun lalu.

“Justeru, saya lihat perlu ada satu sistem baharu (gred) yang mengklasifikasikan pemain mengikut kemampuan, kemahiran dan taktikal mereka bagi membolehkan berapa jumlah dia patut dapat kerana kita tidak mahu pemain meminta gaji dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN