Previu MSL 2017: Kedah Musim 2017 Adalah Pencabar Utama Kejuaraan!

Kedah musim 2017 adalah pasukan yang lebih matang daripada musim lalu. Musim lalu adalah musim di mana mereka baru kembali ke pentas Liga Super.

Menariknya, pasukan ini berjaya berada dalam kelompok teratas liga dan menutup musim 2016 dengan senyuman di Stadium Shah Alam. Mereka akan memulakan saingan musim ini dengan Piala Sumbangsih menentang JDT di Larkin.

Persiapan

Kedah tidak melakukan rombakan besar-besaran kepada skuad mereka. Ini kerana mereka sudah ada skuad yang kuat pada musim lalu.

Mereka cuma membawa masuk beberapa nama baru. Antaranya adalah pemain import Ken Ilso dan Zachary Michael Andersen. Kedah musim 2017 turut menerima kehadiran semula pemain kesayangan penyokong iaitu Sandro Mendoca.

Pemain import terbaharu Kedah, Zachary Anderson yang memakai jersi utama Kedah musim ini.

Mereka tidak kehilangan pemain penting mereka untuk musim 2017. Jadi, pasukan ini tidak ada setback yang jelas dalam pembentukan pasukan.

Mereka cuma mahu memastikan beberapa muka baru yang dijangka akan bermain dalam pasukan utama perlu segera mendapat rentak. Pemain itu sudah pastilah tonggak import baru mereka.

Jentera Serangan

Foto: Kedah FA

Mereka pastinya memberikan tumpuan kepada jentera serangan paling atas. Mana tidaknya, Shane Smeltz dan pemain pinjaman Thiago Augusto tidak bersama Kedah musim 2017.

Sandro adalah pemain yang terbukti sebelum ini. Namun perubahan peranan ketika Kedah membawa masuk Kahe membuatkan pemain ini ditolak ke peranan penyerang kedua.

Beliau bukanlah tidak bagus dalam peranan itu kerana beliau kerap bermain dalam posisi tersebut sebelum ini. Namun isu out of form dan kecederaan membelenggu beliau.

Sandro adalah penjaring yang prolifik untuk Kedah ketika kempen mereka memenangi promosi dan mara ke final Piala Malaysia 2015.

Sistem serangan mereka musim lalu sangat baik. Mereka juga memiliki beberapa penyerang sayap yang berkualiti dalam penyudah seperti Farhan Roslan dan Syazwan Zainon.

Tengah

Bahagian tengah mereka adalah asas kekuatan pasukan ini musim lalu. Mereka memiliki Liridon Krasniqi yang merupakan pemain box to box yang sangat berpengaruh di tengah padang.

Kredit gambar : Asiana.my

Anda pasti masih ingat aksi Halim Saari di final Piala Malaysia 2016. Manakala pemain seperti Amirul Hisyam pula, ibarat ‘otak’ kepada sistem Tan Cheng Hoe.

Pertahanan

Perkara yang menghalang mereka untuk menjadi pencabar kejuaraan liga dan perkara yang menyebabkan mereka juara Piala Malaysia.

Dalam kempen liga, pada awalnya mereka gagal menemui formula pertahanan yang terbaik. Masuk ke fasa separuh kedua liga mereka makin stabil.

Dalam Piala Malaysia 2016, mereka adalah pasukan dengan pertahanan terbaik. Sehinggakan pada final penjaring gol final adalah pemain pertahanan.

Namun kali ini mereka akan tampil dengan bek tengah yang baru untuk digandingkan dengan kapten mereka Khairul Helmi. Mereka juga kehilangan Azmeer Yusof yang boleh membantu menambah kekuatan skuad.

Khairul Helmi/Kedah – kredit gambar : asiana.my

Tan Cheng Hoe

Kami berpendapat beliau adalah pengendali yang memiliki falsafah taktikal yang jelas. Kedah musim 2017 dibarisi dengan purata umur pemain yang boleh dikatakan menepati peak terbaik iaitu 26.2 tahun

Ia adalah usia yang sangat baik untuk sebuah pasukan bola sepak. Model Simon Kuiper percaya purata usia pasukan sekitar 27 tahun adalah yang terbaik.

Tan Cheng Hoe perlu menetapkan formasi dan taktikal utama. Musim lalu beliau terikat dengan sistem yang terpaksa menggunakan 2 target man yang kurang efektif untuk pasukan Kedah berbanding dengan 4-4-1-1, 4-3-3 ataupun 4-2-3-1.

Namun variasi dalam formasi Tan Cheng Hoe adalah berasaskan kekuatan teknikal yang beliau miliki.

Pemain seperti Liridon Krasniqi, Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon antara pemain yang boleh bermain dalam banyak sistem dan peranan.

Aspirasi Kedah Musim 2017

Setiap pencabar kejuaraan perlu bermula dengan baik. Itulah cabaran utama Kedah musim 2017. Itulah aspek yang mereka hilang musim lalu.

Namun ia bukan bermaksud mereka gagal pada musim 2016, tidak sama sekali kerana mereka adalah pendatang baru dari Liga Premier.

Namun, kami merasakan jika mereka bermula dengan baik rasanya mereka akan menamatkan liga jauh lebih baik. Ini kerana banyak pasukan berhadapan dengan krisis prestasi musim lalu.

Mereka sudah biasa dengan tekanan. Ini kerana mereka adalah Kedah. Mereka sentiasa tahu tanggungjawab apabila menyarung jersi hijau kuning.

Pasukan ini serba-serbi lengkap dengan kualiti pemain, kepimpinan di dalam padang, jurulatih yang bertaktikal dan juga penyokong yang luar biasa.

Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk Kedah musim 2017.

Baca juga: Previu MSL 2017: Melaka United Musim 2017 Adalah Musim Besar Bumi Hang Tuah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN