Kedah Mungkin Pertaruhkan Kembali ‘Supersub’ Dari Brazil Untuk Berdepan Perak

Kedah Darul Aman (Kedah) menghadapi laluan yang berliku pada saingan awal Piala Malaysia 2023 ini dengan perlu berusaha sehabis baik jika mahu mara ke pusingan seterusnya malam ini.

Pada aksi pembukaan lalu, Kedah telah pun dikejutkan oleh Perak menerusi kekalahan tidak dijangka dengan keputusan penuh 1-3 dilakar ketika perlawanan berlangsung di Ipoh.

Pastinya itu menjadi suatu kelebihan terbaik buat Perak kini untuk tampil lebih berkeyakinan dengan bekalan gol dimiliki bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya pada perlawanan malam ini berdepan Sang Kenari.

Tampil dengan penguasaan bola yang baik serta tajam di hadapan gol, Perak sebelum itu telah pun merehatkan seketika penyerang import mereka iaitu Seo Seonung dan Luka Milunovic pada saingan Liga Super 2023 berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pastinya kedua penyerang import itu bakal dipertaruhkan malam ini untuk memastikan formula lalu dapat digunakan sekali lagi bagi mengecewakan Sang Kenari di laman sendiri.

Bawah kendalian Yusri Che Lah, Perak tampil dengan lebih menyakinkan terutama sekali dalam aspek penguasaan bola dan dibuktikan pada aksi bertemu Kedah lalu.

Kedah kini pastinya tidak rela untuk menamatkan cabaran mereka dalam saingan Piala Malaysia musim ini dengan lebih awal dan mahu mencipta kejayaan di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Darul Aman (SDA), pastinya memberi sedikit kelebihan kini buat Kedah daripada segi sokongan moral daripada penyokong selain mengekalkan momentum seperi dilakukan ketika menewaskan Sri Pahang minggu lalu.

Dalam misi mereka kini untuk mendapatkan seberapa banyak jaringan, dijangka beberapa rombakan baharu bakal dibuat pasukan tersebut dalam melibatkan aspek taktikal serta senarai pemain digunakan.

Antara nama yang dijangka bakal digunakan skuad kendalian Nafuzi Zain untuk aksi malam ini terarah kepada seorang lagi penyerang import mereka iaitu Jonathan Balotelli.

Penyerang kelahiran Brazil itu sudah beberapa perlawanan tidak dibawa turun Nafuzi sebelum itu selepas mengharungi persaingan sengit sesama pemain bagi disenaraikan.

Dalam misi Kedah kini untuk mendapatkan gol demi membawa nama pasukan ke pusingan seterusnya, Balotelli dilihat sebagai pilihan terbaik untuk disenaraikan bersama pasukan.

Nafuzi Zain Beri Penjelasan Isu ‘Kehilangan’ Jonathan Balotelli

Jangkaan kesebelasan utama pastinya masih digenggam kukuh oleh Ifedayo Olusegun, apatah lagi beliau masih segar dengan gol minggu lalu ketika berdepan Sri Pahang.

Namun untuk pilihan seterusnya, Balotelli pasti akan turut digunakan sekurangnya di separuh masa kedua untuk menggandakan kelebihan mereka di posisi serangan utama.

Moses Atede berkemungkinan besad akan direhatkan seketika untuk aksi ini, kerana fokus utama kelab terarah kepada posisi serangan, namun ianya terpulang kepada Nafuzi sendiri untuk mencorakkan permainan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN