Kedah Minta 1000 Tiket Perlawanan Piala Sumbangsih

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan memohon peruntukan sebanyak 1,000 tiket untuk penyokong skuad Helang Merah bagi menghadapi perlawanan Piala Sumbangsih di antara juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Larkin, 3 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar bercakap kepada Berita Harian,  disebabkan permintaan tinggi yang diterima KFA daripada penyokong Kedah yang ingin ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, pihaknya sudah membuat permohonan sebanyak 1,000 tiket kepada JDT.

“Peruntukan tiket penyokong Kedah pada perlawanan Piala Sumbangsih musim lalu hanya 200 saja dan ini tidak cukup untuk menampung permintaan tinggi dan untuk memenuhi permintaan berkenaan pada musim ini, pihak KFA berhasrat untuk memohon peruntukan tiket dengan jumlah yang lebih tinggi iaitu 1,000 tiket.

“Kita sudah menghantar emel permohonan kepada JDT pada Rabu lalu dan kita berharap mendapat maklum balas positif memandangkan permintaan daripada penyokong Kedah semakin tinggi dan kita akan cuba sedaya upaya. Permohonan peruntukan ini adalah inisiatif KFA yang cuba memenuhi permintaan penyokong setia Kedah dan sebarang kelulusan berkaitan tiket Piala Sumbangsih.” katanya.

Namun begitu, mereka masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada pengurusan JDT setakat ini namun yakin perhubungan yang baik terjalin antara kedua-dua pengurusan mampu menghasilkan keputusan positif dan meminta penyokong Kedah bersabar menunggu keputusan yang akan diputuskan nanti.

“Sama sama kita berdoa semoga permintaan kita diluluskan pengurusan JDT dan jika kita mendapat kelulusan 1,000 tiket di Stadium Larkin, sebagai balasan kepada pihak JDT kita juga kita akan beri jumlah peruntukan yang sama iaitu 1,000 tiket sewaktu mereka bertandang ke Stadium Darul Aman nanti.”

Kedah muncul juara Piala Sumbangsih musim lepas.

Badan pengendali Liga, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengesahkan juara Liga Super 2017, JDT sekali lagi akan berentap dengan juara Piala FA 2017, Kedah dalam perebutan piala sumbangsih musim 2018.

Menurut Peraturan Pertandingan Liga Malaysia, Manual Liga Malaysia 2017, pasukan yang layak ke Perlawanan Piala Sumbangsih adalah mengikut susunan berikut :

i. Johan Liga Super musim sebelumnya akan melawan Johan Piala Malaysia musim sebelumnya, atau;
ii. Johan Liga Super musim sebelumnya akan melawan Johan Piala FA musim sebelumnya, atau;
iii. Johan Liga Super musim sebelumnya akan melawan Naib Johan Piala Malaysia musim sebelumnya, atau;
iv. Johan Liga Super musim sebelumnya akan melawan Naib Johan Liga Super musim sebelumnya, atau pasukan yang diputuskan oleh Unit Pertandingan FMLLP.

Memandangkan Johan Liga Super 2017  dan Johan Piala Malaysia 2017 adalah Johor Darul Ta’zim (JDT). Maka perkara (ii) akan terpakai dengan Johan Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Johan Piala FA 2017 iaitu pasukan Kedah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN