Kedah Mahu Manfaatkan Aksi Persahabatan Untuk Cari Keserasian

Selaku wakil Malaysia yang layak beraksi ke pusingan kelayakan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Kedah bertekad untuk membuat persiapan sebaik mungkin sebelum bertemu kelab Hong Kong, Tai Po FC bermula pada 21 Januari ini.

Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak dalam kenyataannya kepada Berita Harian memaklumkan, beliau akan memastikan semua pemainnya mendapat peluang untuk diturunkan dalam perlawanan persahabatan pra-musim yang telah diatur.

Untuk tahun 2020, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mengatur enam perlawanan persahabatan dengan satu perlawanan menentang Kelantan telah pun selesai pada Sabtu di mana Kedah tewas 2-1 kepada pasukan dari Pantai Timur itu.

Sebelum ini dalam satu lagi perlawanan persahabatan yang berlansung pada 30 Disember, Kedah menang 3-1 ke atas skuad bawah 21 tahun (B-21) Perak.

“Dalam persiapan ini, kita akan memberi peluang kepada semua pemain membuktikan keupayaan mereka seperti mana kita lihat ketika aksi bertemu Kelantan dengan kita tidak hanya meletakkan kesebelasan utama dalam perlawanan.

“Begitu juga perlawanan seterusnya kita akan menggabungkan kombinasi berbeza dengan apa yang diturunkan ketika menentang Kelantan semalam,” katanya.

Menurut jurulatih warga Singapura itu, beliau perlu melakukan ‘try and error’ bagi mendapatkan keserasian terbaik dan mencari kombinasi yang boleh memberi peluang kepada semua pemain untuk mempamerkan keupayaan sebenar mereka apabila beraksi secara berpasukan.

Selepas ini, skuad Lang Merah itu akan bertolak ke Kemboja untuk lima perlawanan persahabatan menentang kelab-kelab di negara itu. Tiga perlawanan yang diatur di Stadium Nasional Olimpik adalah berdepan Visakha FC pada 8 Januari diikuti oleh kelab Naga World FC dan Boeung Ket FC pada 9 dan 10 Januari.

Kemudian dua lagi perlawanan yang akan diadakan di Stadium Smart RSN Phnom Penh adalah bertemu Angkor Tiger FC dan Phnom Penh Crown FC pada 12 dan 14 Januari.

Kredit Foto: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN