Pasukan utara Liga Malaysia (Liga M), Kedah Darul Aman (Kedah) jelas belum berputus asa lagi ketika ini untuk menamatkan cabaran mereka di kedudukan lebih atas dalam persaingan Liga Super 2023.
Sebelum itu, Sang Kenari terpalit dengan beberapa kontroversi di media sosial tentang masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan tersebut dan dibincangkan sesama para penyokong.
⚔ FULL TIME ⚔
Sang Kenari terpaksa akur menamatkan kempen Challenge Cup 2023 di peringkat suku akhir. Fokus sepenuhnya tertumpu pada Liga Super musim ini.
FT | KDA FC 0 – 3 KUCHING CITY FC (AGG : 0-4)
⚽ 9' Abu Kamara (KUC)
⚽ 72' 89' Pedro Henrique (KUC) pic.twitter.com/pyUWcmvI0m— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 4, 2023
Malah, beberapa keputusan perlawanan yang dicatat sebelum itu juga kurang memberansangkan sehinga menyaksikan Kedah tersingkir awal dalam saingan Challenge Cup 2023.
Walaupun begitu, pasukan kendalian Nafuzi Zain ini masih berpeluang untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam Liga Super selepas kini mereka menghuni di tangga ketiga.
Sasaran berada di tempat kedua menjadi keutamaan mereka kini dengan pasukan tersebut masih mempunyai baki empat perlawanan untuk cuba memintas Selangor di tangga ketiga.
Menurut pertahanan Kedah iaitu Ariff Farhan Md Isa, beliau yakin pasukan diwakilinya itu mampu untuk kembali bangkit untuk memburu slot ke Piala AFC 2024.
Malah, momentum semasa mereka untuk persaingan liga juga setakat ini berada dalam keadaan terbaik selepas berjaya menghuni tangga ketiga liga dan itu menjadi sumber motivasi buat Sang Kenari cuba merebut kedudukan kedua musim 2023.
“Dengan hanya berbaki empat perlawanan lagi dalam Liga Super ini, kami sudah pasti mahu buktikan kemampuan untuk terus bangkit dan merebut tempat kedua yang memberi laluan ke saingan pentas Asia musim depan.
“Kami tidak mahu pandang ke belakang lagi, sebaliknya mahu terus fokus ke depan untuk memastikan langkah dalam empat perlawanan terakhir ini berjaya dan tidak mustahil kami dapat memintas kedudukan Selangor FC yang kini berada di tangga kedua liga.
“Kami akan berdepan pasukan Negeri Sembilan FC, Kelantan FC, Selangor FC dan Sabah FC selepas ini yang dilihat cukup sengit dan juga berharap penyokong dapat memainkan peranan dengan hadir lebih ramai memberi sokongan,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
📸Sorotan foto aksi malam ini, semangat kebangkitan tiba tepat pada masanya, 3 mata berharga.
FT | KL CITY FC 0 – 1 KDA FC
⚽ 45+2' (P) Ifedayo (KDA FC) pic.twitter.com/V83AgiarFA
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) September 30, 2023
Pada masa sama, Ariff juga menganggap kekalahan lalu mereka di tangan Kuching City sebagai suatu pengajaran berguna untuk terus melihat sisi kelemahan pasukan supaya dapat diperbaiki pada masa akan datang.
“Selepas tewas dan tersingkir dari saingan Piala Cabaran kepada Kuching City minggu lalu, fokus kami kini hanya satu iaitu dalam Liga Super, yang mana saya cukup yakin Ketua Jurulatih Nafuzi Zain memiliki perancangan terbaik untuk kami menghadapi setiap satu aksi liga yang akan dilalui nanti.
“Saya jangkakan latihan yang lebih terperinci akan dilakukan nanti dalam tempoh dua minggu lebih sebelum perlawanan liga ini kembali bermula.
“Jadi kami perlu manfaatkan ruang latihan yang dijalani sebelum saingan Liga Super kembali bersambung pada hujung bulan nanti dan selepas itu kami mahu hadir dengan kekuatan yang dirancang,” katanya akhir sekali.