Kedah & Kelantan DN: Situasi Serupa, Nasib Tak Sama

Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Umum mengetahui Kedah Darul Aman (Kedah) dan Kelantan Darul Naim (Kelantan DN) kini menghadapi situasi dalaman yang cukup getir dengan segalanya berpaksikan tentang masalah kewangan melanda.

Kedah menjadi kelab yang mengalami nasib paling buruk musim ini apabila mereka kekal dengan ketiadaan penaja utama dan mengalami isu tunggakan gaji berbulan lamanya.

Permasalahan melanda menyaksikan Sang Kenari kehilangan ramai pemain utama sejak pertengahan musim dan terpaksa mempertaruhkan nasib bakat-bakat muda di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Situasi serupa turut dialami oleh Kelantan DN, walaupun mereka bermula dengan sangat baik menerusi pemain-pemain import berprofil tinggil dan jurulatih luar ditandatangani yang memberi harapan baharu buat peminat.

Lebih menarik, pasukan itu turut mencipta pembaharuan menerusi nama dan logo baharu yang ditukar untuk memberi revolusi lebih menarik kepada kelab berkenaan.

Namun, situasi semasa tidak memihak pasukan itu apabila mereka dilaporkan turut terpalit dengan isu tunggakan gaji sehingga menyaksikan ramai pemain ‘angkat kaki’ dengan lebih awal.

Walaupun memiliki persamaan daripada segi situasi dalaman mengenai kewangan, nasib mereka di saingan Liga Super jelas berbeza termasuk daripada segi kualiti ditampilkan.

Melihat kepada situasi semasa Kedah, pasukan itu dilihat berjaya untuk sekurangnya berada di tangga kelapan Liga Super walaupun dipotong 3 mata pada awal musim.

Daripada 17 perlawanan diharungi, skuad kendalian Victor Andrag telah menghuni kedudukan ke-9 menerusi enam kemenangan lima kali seri serta enam kekalahan untuk mengumpul 20 mata keseluruhan.

Menerusi corak permainan, pasukan itu dilihat meninggalkan segalanya tentang masalah melanda di luar padang dan berjaya memberi hiburan menyakinkan kepada para peminat.

Malah mereka juga berjaya menamatkan cabaran MFL Challenge Cup musim ini di pentas separuh akhir dengan aksi sengit ditampilkan ketika menghadapi cabaran PDRM.

Sementara Kelantan DN pula, mereka tampil serba tidak menjadi sejak awal saingan berlangsung walaupun ketika itu sudah dipacu oleh tenaga jurulatih luar seperti Park Jaehong.

Setelah 19 perlawanan diharungi, mereka hanya mampu meraih dua kemenangan sahaja bersama satu keputusan seri dengan selebihnya berakhir akan kekalahan untuk berada di tangga terakhir.

Terbaharu, Kelantan DN meraih kekalahan besar 1-6 kepada Penang bersama aksi yang ditampilkan cukup teruk di segenap posisi tanpa kelibat walau seorang import.

Melihat kepada situasi kedua pasukan itu jelas menyaksikan mereka mungkin mengalami nasib serupa di luar padang, namun apa yang ditampilkan pada hari perlawanan jelas sangat berbeza.

Pandangan anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN