Kedah Kekalkan 4 Anak Jati Mereka Untuk Persaingan Musim 2023

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar
01:10
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Son, Solanke & Co ready for Alkmaar clash in second leg Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Dortmund need Champions League Adeyemi Dimarco’s stunning free-kick rocket in draw against Napoli Manchester United present teaser for new stadium Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Dembele nets brace as PSG hammer Rennes Benteke makes no mistake from the penalty spot Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Sebentar tadi, pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga-M) iaitu Kedah Darul Aman (KDA) telah pun mengumumkan empat lagi pemain yang akan kekal bersama kelab tersebut untuk musim hadapan.

Sebelum ini, mereka telah menyatakan lapan pemain masih dikekalkan dan menimbulkan tanda tanya mengenai baki pemain yang tidak diumumkan.

Jelas kenyataan tersebut, empat pemain dikekalkan untuk membawa cabaran KDA musim depan yang telah dinyatakan ialah Mohamad Al-Hafiz Harun, Muhammad Kamil Akmal Abd Halim, Mohamad Heshamudin Ahmad, dan Mohd Loqman Hakim Marzuki.

Keempat pemain ini dilihat berjaya memberi sumbangan besar buat pasukan terutama sekali penampilan pertama Kamil pada musim 2022 jelas sangat positif untuk KDA.

Al-Hafiz pula, beliau tampil sebagai pemain yang sangat penting di bahagian sayap serangan KDA tatkala tonggak senior, Syazwan Zainon dihimpit isu kecederaan menerusi gerakan-gerakan berkualiti.

Dua lagi pemain iaitu Heshamudin dan Loqman pula, masing-masing memainkan peranan penting di posisi pertahanan dan mempunyai masa panjang untuk terus menyerlah kerana masih muda.

Menurut KDA, persetujuan untuk mengekalkan keempat tonggak tersebut telah dibuat oleh ahli lembaga kelab selepas mereka melihat potensi bagus dipamerkan pemain-pemain itu.

“Ahli lembaga pengarah KDA FC telah mengikat 4 pemain tempatan untuk pasukan Sang Kenari musim 2023. Potensi yang dipamerkan pada musim lepas dinilai amat positif dan mampu untuk diketengahkan oleh pengurusan pasukan melalui cadangan dan sokongan dari panel teknikal dan kejurulatihan KDA FC.

“Tahniah buat Mohamad Al-Hafiz Harun, Muhammad Kamil Akmal Abd Halim, Mohamad Heshamudin Ahmad dan Mohd Loqman Hakim Marzuki,” jelas kenyataan tersebut.

Dengan kekalnya empat pemain itu, KDA kini mempunyai 12 tonggak yang bakal mengharungi saingan lebih sengit pada tahun hadapan untuk mencabar kejuaraan.

Pada masa sama, KDA juga telah sah tidak menyambung kontrak lima pemain import mereka pada musim ini dan akan ada banyak lagi pemain baharu tiba di bumi Kedah.

Pasukan itu juga sah tidak menyambung kontrak tiga pemain senior mereka iaitu Azamuddin Akil, Syazwan Zainon, dan penjaga gol berpengalaman Shahril Sa’ari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN