Kedah FA Cari Kapten Baharu Ganti Kairul Helmi?

Dalam satu muat naik di laman media sosial Facebook semalam, kapten pasukan Kedah FA, Khairul Helmi Johari membayangkan dirinya akan melepaskan lilitan kapten untuk saigan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Pemain pertahanan berusia 29 tahun tersebut yang mulai menggalas tanggungjawab sebagai kapten skuad Lang Merah sejak 2014 berkata, ini adalah masa yang paling sesuai untuk peranan tersebut dipikul oleh pemain lain yang lebih layak.

Khairul Helmi yang turut dikenali dengan panggilan ‘Keon’ di kalangan rakan sepasukan dan peminat bola sepak tanah air merupakan produk Piala Presiden Kedah FA sejak 2006, dan mulai menyertai skuad utama pada musim berikutnya.

Sepanjang karier bersama Kedah, Khairul Helmi telah memenangi tiga kejuaraan Piala Malaysia. Dua daripada kejuaraan tersebut ialah pada 2007 dan 2008 ketika Kedah merangkul kejuaraa ‘double treble’.

Setelah diberikan tanggugjawab sebagai kapten pada 2014, Khairul Helmi memimpin Kedah menjuarai Liga Perdana 2015 dan ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama, namun ditewaskan oleh Selangor.

Kredit: Berita Harian

Kejayaan yang paling manis tentunya ketika membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia pada 2016. Walaupun memulakan perlawanan daripada bangku pemain simpanan kerana baru pulih dari kecederaan, peranan kapten pada ketika itu digalas oleh seorang lagi pemain senior di dalam pasukan, Baddrol Bakhtiar.

Musim lalu, Khairul Helmi berjaya memimpin Kedah untuk mengakhiri saingan Liga Super Malaysia 2017 di kedudukan keempat. Khairul Helmi turut membantu Kedah menjuarai Piala FA 2017, namun dikecewakan di peringkat yang sama dalam pertandingan Piala Malaysia.

Benteng pertahanan Kedah menjadi subjek kritikan penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air apabila melepaskan sejumlah 33 gol sepanjang kempen Liga Super pada musim lalu; tertinggi di kalangan 5 pasukan teratas.

Kredit: Harian Metro

Ini dipercayai kerana kegagalan Khairul Helmi membentuk gandingan yang mantap dengan Zach Anderson, setelah kedua-dua pemain bergelut dengan beberapa siri kecederaan secara bersilih ganti sepanjang musim lalu.

Siapakah yang bakal mengambil alih lilitan kapten daripada Khairul Helmi, jika benar lilitan tersebut akan beralih pemilik pada musim hadapan? Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Kedah FA.

Adakah ketua jurulatih baru Lang Merah , Ramon Marcote sudah mempunyai kapten pilihan beliau sendiri? Atau adakah kali ini Kedah FA ingin memberi peluang tersebut kepada pemain lain, termasuk pemain muda?

Apa pendapat penyokong Kedah? Kami mahu mendengarnya daripada anda.

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN