Kedah FA Mungkin Akan Diswastakan

Kredit foto: Sports247.my

Akhbar tempatan Berita Harian hari ini melaporkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dalam usaha ke arah penswastaan, dengan sasaran memastikan badan induk bola sepak negeri itu lebih berdaya saing khususnya dari segi pengurusan dan kewangan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan negeri, Datuk Aminuddin Omar, berkata hasrat itu sedia dijana pihaknya selaras hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), namun KFA belum mampu merealisasikannya.

“Kita dalam usaha ke arah menswastakan KFA, sampai satu peringkat untuk merealisasikan penswastaan semua kelab bola sepak di negara kita, selaras hasrat FAM sendiri.

“Bagi Kedah kita rasakan belum mampu nak swastakan… nak cari penaja dan teraju untuk swasta akan ambil masa, apa pun usaha ke arah itu sudah pun kita jalankan,” katanya seperti dipetik dalam berita harian.

Sumber: Kedah FA, Facebook.

Isu itu dibangkitkan oleh Datuk Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) ketika ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Aminuddin berkata, Kedah secara dasarnya bersetuju ke arah penswastaan KFA dan yakin negeri lain berkongsi pandangan sama ke arah penswastaan kelab.

“(Selepas penswastaan) kalau hari ini kita sebat KFA, mungkin kita tengok jadi KDFC (Kedah Darulaman Footbal Club). Kalau nak pakai KFC (Kedah Footbal Club), nanti ada yang kata mudah kena ratah, itu kita tengok mana sesuai.

“Tujuan penswastaan adalah untuk meningkatkan kemampuan urus pasukan kerana bajet RM27 juta diperlukan untuk semua pengurusan mengendalikan KFA setiap tahun.

“Kita berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selaku Presiden KFA yang menunjukkan komitmen baik, sokongan dan dokongan terutama dalam memastikan keselesaan kewangan persatuan melalui sokongan penaja,” katanya.

Beliau turut menjawab soalan tambahan Nor Saidi Nanyan (BN-Kuah) berhubung status Kedah dalam saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Aminuddin berkata, KFA berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan lesen bagi membolehkan skuad Helang Merah beraksi dalam saingan itu.

“Kita belum terima surat rasmi daripada FAM yang mengatakan Kedah tak layak. Kenyatan juga dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, mengesahkan belum ada keputusan rasmi,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN