Kedah FA Ikat Fayadh & Danel 5 Tahun Beserta Klausa Perpindahan RM5 Juta

Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) semalam mengumumkan akan melanjutkan kontrak dua pemain muda yang sedang meningkat naik.

Dua pemain muda yang menampilkan aksi memberangsangkan bersama Kedah pada musim ini, Mohammad Fayadh Bin Mohd Zulkifli Amin dan Mohd Fadzrul Danel Bin Mohd Nizam dilaporkan telah melanjutka tempoh kontrak dari tiga tahun kepada lima tahun bersama skuad Lang Merah.

Turut disertakan di dalam kontrak kedua-dua pemain tersebut ialah klausa pelepasan bernilai Rm5 juta. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kehormat KFA, YB Asmirul Anuar Aris.

Sumber: KFA

Menurut kenyataan dari KFA lagi kontrak kedua-dua pemain ini akan dimuktamadkan sebaik sahaja aksi separuh akhir pertama Shopee Piala FA 2019 antara pasukan Kedah menentang Felda United di Stadium Darulaman pada malam ini.

Fayadh dan Danel, kedua-duanya berusia 21 tahun dan merupakan pemain yang dibangunkan dari sistem akar umbi pasukan Kedah. Fayadh musim ini telah beraksi dalam sembilan perlawanan Liga Super dan menjaringkan gol sulung beliau untuk membantu Kedah menewaskan PKNS FC 3-2 baru-baru ini.

Manakala Danel pula telah beraksi dalam 13 perlawanan Liga Super di jentera tengah pasukan Kedah, dan setakat ini turut telah menjaringkan satu gol ketika menewaskan Felda United 4-0 di Alor Setar pada Februari lalu.

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN

PROJEK PEMBANGUNAN ‘UBI’ KFA BERSAMA AKADEMI BOLASEPAK…

Posted by Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – on Friday, March 8, 2019

Danel adalah salah seorang daripada empat pemain yang berkesempatan berkelana selama sebulan bersama kelab Liga Inggeris, Cardiff City pada Mac lalu.

Menurut KFA lagi, langkah melanjutkan kontra kedua-dua pemain adalah sejajar dengan misi dan visi persatuan yang komited menjaga kebajikan serta bakat setiap pemain yang bernaung dibawah persatuan dan juga memastikan situasi menang-menang antara persatuan dan pemain jika pemain mendapat tawaran beraksi ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Kredit Foto: Kedah FA

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN