Kedah Disaran Untuk Bubar Demi Tangani Isu Kewangan

Kedah Darul Aman (Kedah) diberi saranan supaya dibubarkan sahaja demi mengatasi isu kewangan yang teruk melanda pasukan itu sejak awal persaingan musim ini sehingga memberi pelbagai kesan negatif.

Umum mengetahui, Sang Kenari menjadi antara pasukan terawal musim ini yang mengalami isu kewangan cukup parah sehingga ia dilihat memberi kesan cukup besar buat pemain serta pengurusan pasukan daripada segi tunggakan gaji.

Selain menghadapi isu tunggakan gaji, pasukan tersebut juga sehingga kini masih lagi belum memiliki sebarang penaja utama, selain jersi pasukan itu juga dilancarkan sedikit lewat.

Paling mengharukan keadaan, ada beberapa perlawanan menyaksikan Kedah terpaksa membawa turun kebanyakan pemain muda sahaja setelah ada tonggak utama bertindak boikot atas isu tunggakan gaji.

Situasi itu menyaksikan kini Sang Kenari juga terpaksa beraksi di saingan domestik dengan serba tempang di pentas Liga MalaysiaMalaysia, apabila ada beberapa pemain sah meninggalkan Sang Kenari untuk menyertai pasukan baharu.

Bekas jurulatih utama, Nafuzi Zain juga sah meninggalkan Kedah dengan kini beliau menyertai kem Harimau Malaya selaku pengendali skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan.

Melihat kepada keadaan semasa, Mohd Sadek Mustafa selaku pemerhati bola sepak tempatan memberi sarajan supaya pasukan itu dibubarkan sahaja demi menyelesaikan kemelut kewangan.

Dengan perkara dilakukan itu juga menyaksikan Sang Kenari berpeluang untuk beraksi di pentas semi profesional iaitu saingan Liga A1 dengan sumber kewangan lebih tersusun.

“Apa yang perlu dibuat sekarang adalah membubarkan Kedah Darul Aman FC, kemudian Kedah bermain dalam saingan Liga Semi-Pro.

“Pendekatan secara tidak langsung akan membolehkan Kedah kembali di bawah persatuan bola sepak negeri yang diterajui presiden yang juga menteri besar.

“Ini juga lebih baik dari aspek pengurusan dan kebajikan pemain, jurulatih dan kakitangan pasukan. Biarlah tak papa dan tak kaya, tapi rezeki berpanjangan,” kata beliau menerusi laporan Sinar Harian.

Selain itu beliau juga menyatakan adalah tidak bagus untuk meletakkan kesalahan penuh buat kerajaan negeri jika mereka tidak memberi bantuan kepada kelab berkenaan.

“Semua harus faham dalam era bola sepak profesional (FC) ianya bukan tanggungjawab menteri besar sebab ia adalah hak milik entiti perniagaan dan bukan juga syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

“Sekiranya, kerajaan negeri tidak memberikan bantuan maka tidak boleh menyalahkan kerajaan negeri kerana mereka ada tanggungjawab lain yang lebih besar iaitu terhadap rakyat Kedah,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN