Kedah Darul Aman FC tidak berminat memenuhkan kouta 30 pemain musim depan apabila pengendalinya, Aidil Sharin Sahak hanya mahu senaraikan 25 pemain sahaja.
Untuk dua musim di bawah kendaliannya, Kedah dilihat telah memenuhkan kouta 30 pemain. Sedikit berbeza pada musim depan, Aidil Sharin mengambil langkah untuk mengecilkan skuadnya walaupun bakal tampil beraksi di saingan Piala AFC 2021.
Mungkin disebabkan itu, kita dapat melihat sejak beberapa minggu ini, Kedah telah mengumumkan sekelompok pemain yang dilepaskan dan ada di antara mereka dilihat adalah tonggak pasukan pada musim lalu seperti Shakir Hamzah dan Hadin Azman.
Struktur Benteng Kedah Semakin Misteri, Dua Bek Kiri Turut Dilepaskan https://t.co/S4kKWLQeEx pic.twitter.com/SoVzYTm58t
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) November 30, 2020
Hadin Azman tampak bergelut selepas beberapa ketika sebelum posisinya ‘dirampas’ Kipre Tchetche, sementara Shakir Hamzah pula dikatakan atas faktor teknikal – Kedah tidak memerlukan dua pemain import di benteng, menurut Aidil Sharin tempohari.
Selain dua pemain itu, penjaga gol muda yang mula meraih peluang di penghujung musim, Azri Ghani juga turut dilepaskan apabila dikatakan mahukan kontrak yang lebih meyakinkan untuk dirinya. Hijau Kuning turut melepaskan beberapa lagi pemain seperti Khairol Helmi Johari, Norfiqrie Talib, Alif Yusof, David Rowley dan Amin Nazari.
Bercakap kepada The Star, Aidil Sharin menjelaskan mengenai pengecilan skuadnya. Katanya, “Saya tidak perlukan 30 pemain dalam skuad utama. Kita masih ada pemain-pemain di skuad Piala Presiden jika diperlukan dan pada masa yang sama, mereka akan mendapat pendedahan di peringkat yang tinggi [Liga Super dan Piala AFC].”
Beberapa pemain dijangka melengkapkan perpindahan ke Kedah dalam masa terdekat antaranya Syazwan Zainon, Ariff Farhan Md Isa, Rodney Celvin dan Rabih Ataya.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 16, 2020
“Kami hanya perlukan 25 pemain untuk skuad Kedah dan kita akan pastikan kita memberi mereka [pemain muda] peluang beraksi,” jelas pengendali asal Singapura itu.
Mungkin ini turut didorong atas faktor pihak pengurusan yang mahu mengurangkan perbelanjaan pasukan dalam pembayaran gaji musim depan. Dan dengan kejayaan mengekalkan dua pemain terbaik di jentera depan, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche, Kedah mungkin bakal berbelanja besar untuk membayar gaji kedua-dua pemain itu.
Setakat ini, difahamkan Kedah sudah mendapatkan pemain sayap skuad kebangsaan Lubnan yang bermain bersama UiTM FC musim lalu, Rabih Ataya dan katanya dalam perbincangan akhir untuk membawa masuk lima pemain tempatan.
Antara pemain-pemain yang hangat dikaitkan dengan Kedah adalah Syazwan Zainon, Ariff Farhan Md Isa dan Rodney Calvin yang dikatakan hanya akan dipinjam daripada Selangor FC. Menurut Aidil Sharin, “Kita dalam usaha mengikat lima pemain tempatan.”
KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA
Baca lagi artikel mengenai Kedah Darul Aman:
Kelibat Rabih Ataya Di Alor Setar, Sah Bakal Sarung Jersi Kedah
Stefano Lilipaly Mahupun Riko Simanjuntak Di Luar Radar Kedah
Struktur Benteng Kedah Semakin Misteri, Dua Bek Kiri Turut Dilepaskan