Quantcast

BERITA

Kedah Dan Perak Berentap Rebut Perisai Kejuaraan ‘Unity Shield’

Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) bakal mengadakan perlawanan khas merebut perisai kejuaraan ‘UNITY SHIELD’ diantara Kedah menentang Perak yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman pada hari ahad ini jam 9.00 malam.

‘UNITY SHIELD’ adalah perlawanan yang diilhamkan oleh Presiden KFA, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir bagi menyatu padukan hubungan dua kelab bolasepak di utara tanahair iaitu antara Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman dan Persatuan Bolasepak Perak.

UNITY SHIELD: PERLAWANAN DENGAN IMEJ PERPADUAN DUA PASUKAN BOLASEPAK13 Januari, Ahad 9:00 malam—Tiket akan mula…

Posted by Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – on Tuesday, January 8, 2019

Menurut kenyataan daripada KFA, keakraban kedua-dua presiden persatuan antara asas perlawanan ini dirancang untuk membawa mesej perpaduan dan nilai murni dalam bolasepak kepada semua pihak.

Selain itu, perisai kejuaraan ‘UNITY SHIELD’  ditempah khas dari Royal Selangor Pewter Factory dan perlawanan itu akan berlangsung secara tahunan dengan giliran venue antara Alor Setar (2019) dan Ipoh (2020).

Perisai kejuaraan ‘UNITY SHIELD’ yang ditempah khas daripada Selangor Pewter Factory. FOTO: KFA

Format perlawanan ini akan dijalankan selama 90 minit, pertukaran pemain tanpa had dan jika masa penuh 90 minit berakhir dengan berkedudukan seri, sepakan penalti akan menentukan kejuaraan ‘UNITY SHIELD’ 2019.

Malah 50% daripada hasil kutipan jualan tiket akan disumbangkan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih di negeri Kedah yang akan diputuskan oleh YAB Menteri Besar Kedah merangkap Presiden KFA nanti. Konsep yang sama akan digunapakai semasa penganjuran di Perak tahun hadapan.

Tiket akan mula dijual di kaunter tiket stadium darul aman pada hari perlawanan, 13 Januari dan berharga RM10 (terbuka) dan RM20 (Astaka Utama). Waktu jualan ialah pada pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tgh (sesi pagi) dan 2.30 ptg hingga 9.30 mlm (sesi petang).

Kedah yang dibimbing oleh jurulatih baharu dari Singapura, Aidil Shahrin Sahak dijangka akan menurunkan semua pemain import baharu mereka manakala Perak bakal diperkuatkan oleh bekas pemain import Kedah sendiri iaitu Zac Anderson di bahagian pertahanan.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!