Kedah Cari ‘Shin Guard’ Istimewa Sandro Mendonca

Ia mungkin sesuatu yang melucukan bagi anda apabila seorang pemain bola sepak pasukan Kedah kehilangan ‘Shin Guard’ istimewa beliau ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Suphanburi FC di Stadium Darulaman semalam.

Tetapi barang itu sangat penting bagi seorang pemain bola sepak professional yang berfungsi sebagai pelindung tulang kaki kita.

Menerusi kenyataan rasmi di laman facebook Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Sandro dikatakan terlupa dan tertinggal di tempat duduk pemain simpanan selepas tamat perlawanan itu.

“Kepada penyokong Kedah, selepas perlawanan menentang Suphanburi, saya terlupa mengambil ‘shin guard’ saya di bangku simpanan. Jika ada sesiapa yang menjumpainya, tolong pulangkan kembali kerana benda ini merupakan simbol kerja keras saya dan mempunyai nilai sentimental.

“Saya telah menggunakannya sejak tahun 2015 dan telah memenangi beberapa piala denganya kerana ‘shin guard’ ini mempunyai gambar keluarga saya. Ianya barang peribadi yang sangat penting dan membawa banyak kegembiraan ketika saya menggunakannya.

Sandro juga akan memberikan sehelai t-shirt sebagai penghargaan jika ada penyokong yang telah memulangkan barang miliknya.

“Siapa yang menjumpainya sila hantar kepada staff kami selepas tamat perlawanan persahabatan yang seterusnya. Saya akan memberikan t-shirt sebagai hadiah dan ucapan terima kasih. Saya harap boleh mendapatkannya kembali. Terima kasih semua,” kata Sandro seperti dipetik dalam laman facebooknya.

Semalam, juara Piala FA, 2017 Kedah tewas 3-1 kepada kelab Thailand, Suphanburi FC di Stadium Darul Aman.

Perlawanan ini adalah sebagai persiapan skuad Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2018 terutama aksi Piala Sumbangsih di Johor Bahru pada 3 Februari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN