‘Kedah Bukan Pasukan Lauk’ – Perjuangan Pemain Sang Kenari Wajar Dipuji

Perjuangan para pemain Kedah Darul Aman (Kedah) wajar meraih pujian penuh selepas kejayaan pasukan itu terikat seri bersama PDRM menerusi keputusan 3-3 di pentas separuh akhir MFL Challenge Cup 2024/2025.

Kedah berjaya mencipta kebangkitan seketika di separuh masa kedua walaupun sebelum itu mereka ketinggalan di tangan lawan pada babak pertama perlawanan.

Tampil dengan episod yang menyayat hati sejak awal musim Liga Malaysia (Liga M) berlangsung melalui pelbagai isu terutama membabitkan isu tunggakan gaji, Sang Kenari membuktikan mereka masih bukan satu kelab belasahan kepada pasukan lawan.

Pada aksi itu juga menyaksikan Kedah hanya menyenaraikan dua pemain import sahaja yang masih lagi bersama mereka walaupun isu tunggakan gaji masih belum diselesaikan.

Tambahan pula Victor Andrag turut diuji dengan kehilangan ramai pemain utama sehingga terpaksa menyenaraikan beberapa tonggak muda termasuk Aiman Afif, Danial Tarmizi, serta Akmal Hakim.

Walaupun begitu, pemain Kedah dilihat tidak terkesan langsung akan sebarang masalah sepanjang perlawanan itu berlangsung, apabila mereka masih mempamerkan semangat tinggi ketika menghadapi lawan.

Menurut Lazar Fauzanovic selaku pemerhati bola sepak Kedah, beliau menyifatkan keputusan dilakar Sang Kenari sewaktu menghadapi PDRM sebagai sangat bagus untuk suatu bekalan bagi aksi selanjutnya.

Malah, Fauzan juga mahu peminat tampil lebih realistik akan keputusan itu jika dilihat dengan situasi semasa Kedah yang serba kekurangan berbanding oleh PDRM.

“Ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama, kalau ikut logik akal. Dengan masalah luar padang yang belum selesai, situasi pemain-pemain yang belum tentu. Main dengan hanya seorang import iaitu Milos. Mentaliti budak-budak Kedah ni masih lagi dalam padang. Tak terjejas sikit pun.

“Kalau ikut logik akal, biasanya team bermasalah ni. Dah kena lead pulak 2-0 half time, biasanya tunggu ja masa untuk diratah lebih teruk.

“Tapi depa still competitive macam tak ada apa apa yang berlaku. Jadi bagi saya, pemain Kedah yang ada hari ini adalah yang terbaik untuk tahun ini. Kalau kita perasan, di Liga Super sekalipun Kedah masih lagi pasukan yang competitive. Bukan pasukan lauk,” jelas Fauzan kepada Semuanya BOLA.

Pada masa sama, Fauzan juga menyeru para peminat untuk memenuhi Stadium Darul Aman (SDA) bagi perlawanan separuh akhir kedua MFL Challenge Cup demi memberi semangat kepada para pemain.

Malah, beliau turut menyatakan ini sebagai suatu tanggungjawab terbaik buat para peminat bagi menghadirkan diri ke stadium demi memastikan pasukan kesayangan mereka tidak akan terkubur.

“Apa saya boleh cakap, fans Kedah kena bersyukur. Masih ada pemain yang sudi sarung jersi pasukan Kedah, masih sudi untuk tabur bakti dan keringat untuk team ni.

“Team kesayangan rakyat Kedah semua. So untuk perlawanan timbal balik, ini lah masanya untuk fans ramaikan stadium. Bersama-sama dengan pemain. Kita kena pastikan mereka tidak berjuang sendirian diatas padang. Mereka masih ada kita di belakang mereka.

“Kalau fans tak puas hati dengan pengurusan, hadir ke stadium, suarakan pandang kita disana. Suara kita tak kan didengari kalau hanya berbunyi di bibit sosial media sahaja.

“Selain pengurusan ini adalah signal kepada semua badan bertanggungjawab di negeri Kedah. Untuk sama-sama take action supaya pasukan ni tak terus terkubur. Pulun Kedah Pulun,” ujar Fauzan akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN