Kedah Bakal Tandatangani Khidmat Penjaring Terbanyak Piala AFC 2022?

Kedah Darul Aman (KDA) dilaporkan bakal mendapat seorang lagi penyerang import baharu mereka menjelang aksi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal bermula tidak lama lagi.

Menurut perkhabaran di media sosial para penyokong KDA, pasukan tersebut dijangka bakal mengikat seorang lagi penyerang kelahiran Brazil untuk digandingkan bersama pemain tonggak mereka iaitu Willian Lira.

Pemain yang dimaksudkan itu ialah bekas penyerang kebangsaan Brazil bawah 17 (B-17) iaitu Pedro Paulo, selepas beberapa khabar angin di media sosial kini mengaitkan beliau untuk menyertai KDA.

Hal penyerang import baharu ini mula menjadi hangat dalam kalangan penyokong Sang Kenari setelah pemilik KDA iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menyatakan ianya kini sudah pun berada dalam proses untuk dibawa masuk.

Segalanya bermula selepas Dr Daud membalas satu komen daripada salah seorang penyokong yang mencadangkan agar KDA mendapatkan seorang lagi penyerang baharu bersama Willian Lira.

“Tambah striker import sorang lagi tan sri back up w.lira musim ni banyak game liga pasukan bertanding lebih dari sebelum ni.

“Ini hanya cadangan saja apa-apa pun kda fc selamanya,” jelas komen tersebut daripada pemilik akaun bernama Fikri Ikram di Facebook rasmi Dr Daud.

Nama Pedro Paulo menjadi hangat ketika ini dengan ada yang sudah menyatakan pemain tersebut sudah pun dalam perjalanan menuju ke Malaysia untuk proses pendaftaran.

Untuk rekod, Pedro merupakan antara penjaring terbanyak untuk saingan Piala AFC musim lalu bersama pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Paulo Josue.

Ketika itu, Pedro merupakan tonggak utama serangan buat wakil kelab dari Vietnam iaitu Viettel FC dan beliau juga telah meledak satu hatrik ketika bertemu Young Elephant.

Pedro juga merupakan salah satu tonggak skuad B-17 Brazil dan telah menyumbang dua jaringan daripada tujuh penampilan di pentas antarabangsa.

Menerusi laman Transfermarkt.com, kontrak Pedro bersama Viettel FC telah pun tamat sejak 1 Disember lalu dan kini beliau masih lagi tidak mempunyai kelab untuk diwakili.

Jika KDA mendapatkan khidmat beliau, ianya merupakan suatu nilai tambah yang baik buat mereka di posisi serangan berdasarkan kelebihan dimiliki Pedro sebelum itu dari segi pengalaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN