Kedah Darul Aman (Kedah) dilaporkan mungkin akan menggunakan lebih ramai khidmat pemain muda hari ini untuk aksi Liga Super 2024/2025 seterusnya menentang cabaran Kuching City di gelanggang lawan.
Umum mengetahui Sang Kenari terpalit dengan isu kewangan yang cukup teruk sejak awal saingan bermula sehingga memberi kesan mendalam kepada pemain serta kejurulatihan pasukan itu menerusi tunggakan gaji.
Akibat permasalahan yang melanda menyaksikan ramai pemain-pemain utama membabitkan tempatan dan import meninggalkan Sang Kenari dengan lebih awal sebelum tirai saingan berakhir.
Bagi aksi Liga Super hari ini, laporan menyatakan Kedah bakal menggunakan lebih ramai bakat-bakat muda untuk menghadapi cabaran Kuching City.
Jelas Victor, percaturan itu terpaksa dibuat kerana beliau ingin mengukuhkan skuad kendaliannya bagi meneruskan persaingan musim ini walau tampil serba kekurangan.
Ini menyaksikan lebih ramai pemain muda bakal digandingkan bersama tonggak senior selain hanya beberapa import sahaja lagi masih kekal untuk meneruskan perjuangan bersama Sang Kenari.
🔰 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐃𝐀𝐘 🔰
𝑲𝒖𝒄𝒉𝒊𝒏𝒈 𝑪𝒊𝒕𝒚 𝐅𝐂 𝒗𝒔 𝑲𝒆𝒅𝒂𝒉 𝑫𝒂𝒓𝒖𝒍 𝑨𝒎𝒂𝒏 𝑭𝑪
🏆 LIGA SUPER 2024/25 | LS19
📆 24 Januari 2025, Jumaat
🕖 8.15 malam
🏟️ Stadium Negeri, Kuching
📡 LIVE : Astro Arena Bola 803 & Astro GO🛒 https://t.co/wTcsHW5WSB pic.twitter.com/at5dTky13h
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 24, 2025
Selain kehilangan beberapa pemain utama yang sudah meninggalkan pasukan, Kedah juga dihantui dengan isu kecederaan tonggak seperti Fayadh Zulkifli serta penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad.
“Menentang Kuching City saya akui begitu sukar. Ini kerana kita tahu mereka memilki pemain yang cukup berkualiti dan lebih baik berbanding kami.
“Manakala kami pula hanya tinggal 11 pemain senior selepas ditolak beberapa pemain yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan yang antaranya Syafiq Ahmad, Fayadh Zulkifli, Ebenezer Assifuah dan Halim Saari.
“Dengan dua pemain muda yang diberi peluang sebelum ini seperti Afeeq Ikmal dan Daniel Tarmizi, terdapat lima lagi pemain muda yang sedang digilap bakat bakal diberi peluang untuk bersama skuad ini,” kata Victor menerusi perkongsian Harian Metro.
Terdahulu, beberapa pemain muda Kedah tampil dengan perkembangan cukup positif untuk memberi impak bersama skuad utama Sang Kenari sejak beberapa aksi lalu.
Nama Aiman Afif dan Danial Tarmizi antara yang meraih pujian ramai penyokong ekoran aksi cemerlang ditampilkan mereka bawah kendalian Victor Andrag untuk terus menghidupkan harapan pasukan.
Walaupun begitu, cabaran besar bakal menanti mereka hari ini kerana Kuching City antara kelab cukup ampuh kini di segenap posisi selain diperkuatkan import berkualiti.