Kecewa Tidak Mendapat Penalti, Sathianathan Harap Ada VAR Suatu Hari Nanti

Pengendali pasukan Selangor jelas sekali kecewa dengan kegagalan pasukannya mempertahankan 3 mata untuk dibawa pulang ke Shah Alam.

Menurut Sathianathan, mereka patut bertahan lebih baik ketika sedang mendahului perlawanan. Namun Selangor melepaskan 2 mata berharga kepada PDRM.

Selangor ketinggalan 1 gol berbalas kosong pada separuh masa pertama. Namun mereka bangkit dengan 2 gol pada separuh masa kedua.

Walaubagaimanapun, Gergasi Merah keciciran mata ketika 3 minit baki perlawanan. Lee Chang Hoon melakukan gol penyamaan yang cantik untuk pasukannya.

Bercakap kepada MFL selepas tamat perlawanan, Sathianathan berkata: “Saya sememangnya tidak gembira, kerana kita sudah mendahului 2-1. Dan kita seharunya lebih padat di bahagian belakang”

Walaubagaimanapun, Sathianathan percaya pasukannya patut mendapat penalti dalam perlawanan tersebut. Oleh itu, beliau berharap agar teknologi VAR akan digunakan di Malaysia pada suatu hari nanti.

“Saya berharap kita ada VAR, apabila masanya sudah tiba kelak, kerana pengadil tidak mampu untuk melihat segala-galanya.”

“Namun begitu, saya agak gembira menerima keputusan seri ini, kerana PDRM bermain baik, dan mereka berhak mendapat 1 mata.”

Akhir sekali B. Sathianathan menyatakan beliau tidak sabar untuk menantikan perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Selangor.

Perlawanan seterusnya, Selangor akan berhadapan dengan pasukan Melaka United. Buat masa ini Selangor dan Melaka masih berkongsi mata. Namun pasukan Melaka ada kelebihan dari segi perbezaan jaringan, serta masih ada 1 perlawanan di dalam tangan.

Kejayaan mengikat Selangor juga membolehkan PDRM terus kekal bersaing untuk ke peringkat kalah mati. Kesemua kempat-empat pasukan masih berpeluang untuk mara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN