Kecewa Marcelino Dipecat, Pemain Valencia Boikot Sidang Media

Valencia

Para pemain Valencia nyata masih kecewa dengan berita pemecatan bekas pengurus, Marcelino apabila memboikot sidang media pra-perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20.

Keadaan itu menyebabkan pengurus baharu, Albert Celades terpaksa menghadiri sidang media tersebut seorang diri tanpa ditemani pemain Valencia.

Marcelino yang berjaya membawa Valencia ke saingan UCL musim ini serta menewaskan Barcelona pada perlawanan akhir Copa del Rey 2018/19 dipecat selepas dilaporkan tidak sehaluan dengan pemilik kelab, Peter Lim.

Bagi Celades, apa yang dilakukan oleh pemain Valencia itu bukanlah satu keputusan yang ideal tetapi masih yakin pasukannya mampu untuk bersaing hebat pada perlawanan mendatang.

”Sudah tentu ia bukan satu situasi yang ideal tetapi ia merupakan keputusan yang telah dibuat oleh para pemain, sebenarnya tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai perkara ini. Tiada apa yang boleh saya lakukan.”

”Saya bercakap setiap hari kepada pemain. Mereka mengambil keputusan ini tetapi ia sentiasa merupakan satu dialog. Reaksi yang saya terima sangat baik dan saya pasti ia akan sentiasa meningkat.”

”Semangat mereka sangat bagus. Selasa ini bermulalah persaingan kelab terbaik di Eropah dan ia memberikan motivasi kepada setiap pemain untuk memberikan yang terbaik.”

Valencia bakal berkunjung ke Chelsea pada perlawanan sulung saingan kumpulan H yang akan berlangsung jam 3.00 pagi esok.

Kredit foto: Evening Standard

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN