Kecewa dan hampa, mungkin itulah gambaran perasaan Liridon Krasniqi pada ketika ini, selepas namanya digugurkan dari skuad Harimau Malaya.
Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon akhirnya memutuskan untuk membawa 23 pemain sahaja untuk beraksi di pusingan kelayakan Piala Asia 2023.
Menurut muat naik dari laman rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, Pan-gon telah menyenaraikan 23 pemain yang akan beliau pilih sertai skuad Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Piala Asia nanti.
Kim Pan-gon Gugurkan Kogileswaran & Liridon, Kekalkan De Paulahttps://t.co/nSZehxllEB
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 4, 2022
Oleh yang demikian, beberapa pemain telah digugurkan dari skuadnya sebelum ini dan Liridon Krasniqi merupakan salah seorang pemain yang tidak tersenarai dalam senarai 23 pemain itu.
Walau diberi peluang untuk turun beraksi dalam dua aksi perlawanan persahabatan bertemu Brunei dan Hong Kong sebelum ini, namun aksi yang Liridon persembahkan tak cukup untuk menempatkan dirinya dalam skuad akhir pilihan Pan-gon.
Liridon Krasniqi kecewa tidak tersenarai dalam senarai skuad 23 pemain ke kelayakan Piala Asia
Tidak lama selepas senarai 23 pemain itu didedahkan, Liridon Krasniqi telah memuat naik status di IG story miliknya dan ia jelas sekali menunjukkan yang beliau sedang dalam kehampaan.
Liridon memuat naik gambar Stadium Nasional Bukit Jalil dengan beliau turut meletakkan emoji sedih sebagai kapsyen pada muat naik tersebut.
Beliau mungkin sangat hampa dan kecewa kerana tidak terpilih dan tak dapat membantu skuad kebangsaan Malaysia di pusingan kelayakan Piala Asia nanti.
Selain Liridon Krasniqi ada beberapa pemain lain turut disingkirkan dari skuad Harimau Malaya seperti duo pemain PJ City iaitu Kalamullah Al-Hafiz dan juga R. Kogileswaran selain pertahanan muda Terengganu – Shahrul Nizam.
Kogileswaran yang menjadi antara pemain yang disenangi penyokong Harimau Malaya disisihkan oleh Kim yang lebih mahukan pemain lain mengisi tempatnya.
Afiq Fazail turut digugurkan oleh Pan-gon dan ia menjadikan tiga pemain dari Johor Darul Ta’zim tidak menyertai skuad 23 pemain Harimau Malaya selepas Syahmi Safari baru-baru ini dilepaskan atas faktor kesihatan.
Seorang lagi pemain yang digugurkan adalah Norshahrul Idlan Talaha.
Here is your final 23 for the #AFCAsianCup2023 third round qualifiers.
Names dropped are Kalamullah, Norshahrul, Kogileswaran, Afiq Fazail, Shahrul Nizam and Liridon. #HarimauMalaya pic.twitter.com/YdGbU6MwlK
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 4, 2022
Sebaliknya, Kim memilih untuk terus setia dengan pemain-pemain yang ‘diminati’ ramai penyokong bola sepak negara seperti Mohamadou Sumareh dan juga Guilherme De Paula.
Berikut merupakan senarai penuh 23 pemain skuad kebangsaan untuk kelayakan Piala Asia 2023:
Penjaga gol
Farizal Marlias
Khairulazhan Khalid
Syihan Hazmi
Pertahanan
Dion Cools
Shahrul Saad
La’vere Corbin Ong
Matthew Davies
Dominic Tan
Junior Eldstal
Khuzaimi Piee
V. Ruventhiran
Senarai 23 Pemain Skuad Harimau Malaya Ke Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023
▶️ Baca penuh siaran media ini di https://t.co/LBWQYApzwG#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/63exuCniCH
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 4, 2022
Tengah
Safiq Rahim
Nazmi Faiz Mansor
Syamer Kutty Abba
Azam Azih
Penyerang
Arif Aiman
Safawi Rasid
Akhyar Rashid
Mohamadou Sumareh
Guilherme De Paula
Syafiq Ahmad
Darren Lok