Mana-mana pemain bola sepak profesional, perkara terutama semestinya ialah untuk menyarung jersi pasukan negara dengan penuh kebanggaan di kejohanan-kejohanan utama.
Begitu juga dengan Wan Kuzain Wan Kamal yang berpengkalan di Amerika Syarikat bersama Sporting Kansas City.
Mengakui kecewa kerana impiannya untuk beraksi untuk pasukan negara kali ini gagal direalisasikan akibat masalah dokumentasi, pemain tengah berusia 21 tahun ini tetap memasang impian menyarung jersi Malaysia pada masa akan datang.
Malah beliau mahu kekal positif dan mahu melihat pasukan negara mencapai kejayaan di temasya itu nanti.
Gutted to not be able to represent Malaysia in the upcoming SEA Games. I hoped that everything would work out and allow me to take part, but unfortunately it wasn’t meant to be this time. Good luck to the team in the Phillippines! ???
— Wan Kuzain (@LeKuz7) November 23, 2019
“Kecewa kerana tidak dapat mewakili Malaysia di Sukan SEA. Saya berharap semuanya berjalan lancar dan dapat turut serta, malangnya buat masa ini, ia belum kesampaian.
“Selamat maju jaya kepada pasukan [Malaysia] di Filipina,” katanya menerusi muat naik terbaharu pada akaun sosial Twitter miliknya.
The right time and place will come. Good luck for your future @LeKuz7 pic.twitter.com/IdU7EVy1ia
— ONG KIM SWEE (@OKS_HarimauMsia) November 22, 2019
Wan Kuzain terpaksa melupakan hasrat untuk bersama skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas masalah dokumentasi yang gagal diselesaikan sebelum tarikh tutup pendaftaran.
Sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata mereka akan terus komited untuk membantu Kuzain sekiranya beliau ingin terus mewakili negara di saingan antarabangsa,