Kecewa Didenda Dan Dipotong Mata Liga Super, Penyokong Serang Siaran TV

40 penyokong PAOK Thessaloniki telah menceroboh dan menerjah studio televisyen di Greece iaitu studio TV ERT 3 pada semalam. Selepas itu mereka mendesak agar penyampai sukan untuk membaca mesej protes mereka di hadapan kamera siaran langsung.

Mesej tersebut dibaca dalam durasi 5 minit. Selepas mesej itu dibaca, penyokong-penyokong tersebut bersurai secara aman. Disahkan tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Penerbit rancangan dikatakan tidak merasakan 40 penyokong tersebut bertindak ganas.

Penyokong-penyokong PAOK tersebut protes ke atas pemotongan 3 mata oleh Liga Super Greece ke atas pasukan mereka yang dianggap keterlaluan.

Tindakan potong 3 mata dibuat selepas ada penyokong PAOK membaling objek yang terkena jurulatih pasukan lawan ketika perlawanan menentang Olympiakos.

Jurulatih Olympiakos, Oscar Garcia terkena balingan tersebut. Perlawanan ditangguhkan.

Pada 25 Februari lalu Liga Super Greece telah memutuskan tiada perlawanan sambungan/ulangan dilakukan dan kemenangan 3-0 dihadiahkan kepada Olympiakos.

Selain daripada potong 3 mata, mereka turut didenda €90,000 bersamaan sekitar RM435,000.00. Seterusnya, mereka harus bermain 2 perlawanan di tempat sendiri dalam stadium kosong termasuk perlawanan dengan seteru tradisi mereka, AEK Athens yang kini merupakan pendahulu liga.

Pihak ERT menafikan mereka menyokong tindakan hooligan tersebut yang menggunakan siaran tv mereka untuk membaca protes mereka. Kenyataan ERT berbunyi:

“Pentadbiran kami mengutuk tindakan tidak beradab menceroboh siaran tv kami oleh penyokong bola sepak ketika siarang langsung.”

“Stesen kami terpaksa menghentikan rancangan biasa dan kesal dengan tindakan yang tidak ada semangat kesukanan.”

Dalam sesi pencerobohan selama beberapa minit itu, penyokong PAOK mengarahkan penyampai sukan membaca nota berbunyi:

“Ini adalah skandal terbesar di dalam bola sepak kita. Kami menyeru semua penyokong PAOK untuk menyertai perhimpunan demonstrasi pada Khamis ini di pusat bandar Thessanoliki.”

“Satu lagi demonstrasi adalah pada Ahad sebelum perlawanan menentang AEK, di mana pasukan kita bermain di stadium kosong.”

Menurut penyokong ini, mereka merasakan tindakan dikenakan itu keterlaluan kerana jurulatih Olympiakos tersebut telah mereka-reka cerita menampakkan dirinya seperti terkena objek keras.

PAOK telah menghantar rayuan kepada pihak Liga Super Greece. Ini kerana mereka merasakan pengurus Olympiakos, Oscar Garcia menipu dan mereka-reka kecederaan beliau.

Menurut wakil PAOK, Oscar Garcia tidaklah serius cedera seperti yang pihak beliau laporkan.

PAOK menuduh Garcia mengada-adakan cerita yang berlebihan dan ia telah membuatkan keadaan lebih tegang. PAOK tidak menyokong tindakan penyokong yang membaling objek itu, tetapi mereka sangat kecewa dengan laporan perubatan Oscar Garcia.

Dalam rakaman kamera amatur ini, Garcia dibaling dengan gulungan resit yang agak ringan. Dan ianya dilihat tidak mencederakn Garcia dengan kritikal seperti yang digambarkan.

Garcia menyatakan beliau ditahan di hospital selama satu malam dan disahkan oleh pakar neuron bahawa beliau mengalami rasa sakit di sebelah anggota kiri, rasa pening seperti migrain, sakit tengkuk dan rasa loya.

Perlawanan PAOK dan Olympiakos sentiasa panas. Pada 2014, misalnya. Perlawanan pernah ditangguhkan kerana terlalu banyak suar dan balingan objek.

Oleh itu, pihak PAOK merasakan tindakan Oscar Garcia ini sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN