Kami terbaca satu rungutan oleh pemilik Facebook dengan nama Sheikh Faiz Adne. Dia meluahkan kekecewaannya ke atas serangan peribadi dan ugutan yang diterima beliau melalui facebook messenger.
Ini petikan kenyataan Sheikh Faiz.
Petikan Kenyataan
Budak-budak zaman sekarang ni, tengok la bahasanya..isk isk..kesian! Bukan nak berlaku racist bab kenegerian..tapi saya nak cakap satu je,
Tengku Mahkota Johor (TMJ), memang saya suka tulisan-tulisan baginda di laman bola JOHOR Southern Tigers..very powerful leader in Johor..
Dan saya tak menafikan yang baginda seorang yang tegas dan ada visi misi yg cukup jelas dalam pentadbirannya.
Bukan berniat untuk membenci org johor (dalam bab bola ya), tetapi kadang-kadang peminat di sana agak fanatik. Sama juga di kelantan suatu masa dahulu.
Kerana “fanatik” inilah yang membuatkan ramai org yg membenci orang Johor dan Kelantan.
Maaf sekali lagi, bukan saya nak racist bab kenegerian. Saya pernah bekerja di johor suatu masa dulu. Aslam Azie, Nortinesha Abdullah, Wanti Azrul, Anas Badrol, Fidah Deman, Matt Sha, dan ramai lagi adalah rakan saya di Johor.
Tetapi kerana adanya makhluk seperti inilah yang merosakkan nama Johor, merosakkan “imej” TMJ di mata semua orang.
Tengoklah bahasanya, cukup biadap, cukup kurang ajar.
Ini rentetan dari komen pakcik saya di laman bola sepak johor berkenaan “berbalas kritikan antara TMJ dan Tan Sri Annuar Musa.
Tengoklah macamana dia menghina Arwah Tok Guru Nik Aziz, semoga dia diampuni Allah.
Saya tidak mengharapkan posting saya kali ini di viralkan, tetapi jadikan ia sebagai pengajaran.
Kita berfacebook adalah utk mencari kenalan, mencari peluang perniagaan, mencari rakan-rakan baru, dan sebagainya yang positif.
Facebook bukan tempat kita mencari lawan, bercakap dia ni betul,cdia tu salah. Gunakan laman facebook sebagai tempat yg positif dlm hidup kita..
P/s:
Bukan niat nak memalukan,tp niat utk diviralkan..hehehe..semoga kita mengutuk org2 yg tak bertamadun seperti ini..sy harap,ada yg sudi viralkan perkara ini sehingga ke pihak berwajib..terima kasih..
Saja layan pm budak ni, kelakar cara dia menulis.
Di ruangan komen post tersebut ramai mengutuk sekeras-kerasnya tindakan individu tersebut tanpa mengira latar bangsa, agama dan kenegeriaan. Mereka menyatakan sokongan kepada Sheikh Faiz Adne.
Kami di semuanyaBOLA membidas sekeras-kerasnya sikap terlalu taksub dengan bola sehingga mengugut, serangan seksual secara non verbal, cyberbully dan menyerang individu lain secara peribadi.
Tindakan menghina pemimpin ataupun ulama, dan sesiapa sahaja harus dielakkan. Kami menulis post ini untuk memeberikan wake up call kepada peminat bola sepak untuk menyokong bola sepak berpada-pada.
Let’s Kick Racism Out Of Football!
Baca juga: Nabi Muhammad Dan Bola Sepak: Apabila Penyokong Schalke 04 Nyanyi Nama Nabi