Kecemerlangan Di Piala Dunia Julang Jepun Sebagai Pasukan Terbaik Asia

Jepun

Edisi Piala Dunia 2022 di Qatar meninggalkan pelbagai memori. Kejayaan Argentina menjadi juara, tersingkirnya Jerman di peringkat kumpulan serta perjalanan indah Maghribi sehingga separuh akhir.

Ia juga manis buat pasukan-pasukan dari Asia. Secara keseluruhannya, wakil Asia bermain dengan cukup baik dengan masing-masing meninggalkan kesan sampingan kepada setiap lawan yang ditemui mereka.

Hasil daripada persembahan baik ini kemudiannya dibalas dengan nikmat di dalam ranking FIFA dan Jepun adalah pasukan yang paling berjaya dalam kalangan wakil Asia kali ini.

Persembahan cemerlang Jepun di Qatar 2022 telah menobatkan mereka sebagai pasukan terbaik Asia bagi penutup tahun ini.

Dalam ranking yang dikeluarkan oleh FIFA selepas tamat Piala Dunia, Jepun menduduki tangga ke-20 selepas persembahan cemerlang mereka di Qatar.

Kedudukan ke-20 itu adalah yang terbaik diperoleh oleh mana-mana negara Asia dan ini telah membuatkan mereka pasukan teratas untuk benua ini.

Jepun bagaimana pun tidaklah dipisah terlalu jauh dengan negara Asia yang lain. Pasukan-pasukan seperti Iran dan Korea Selatan masing-masing menduduki tangga ke-24 dan 25 dunia.

Ini sekali gus menjadikan mereka tiga pasukan terbaik di Asia selepas tamat Piala Dunia.

Australi juga tidak begitu jauh dengan mereka menduduki tangga ke-27 sambil Arab Saudi juga mendaki kedudukan ranking walaupun ketinggalan agak jauh ditangga ke-49.

Sementara bagi tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar yang mencatatkan nota buruk di kejohanan sendiri jatuh sehingga tangga ke-60 dunia.

Berikut merupakan kedudukan 10 negara Asia terbaik dalam ranking FIFA yang terkini (kedudukan keseluruhan di dalam kurungan):

  1. Jepun (20)
  2. Iran (24)
  3. Korea Selatan (25)
  4. Australia (27)
  5. Arab Saudi (49)
  6. Qatar (60)
  7. Iraq (68)
  8. Emeriah Arab Bersatu (70)
  9. Oman (75)
  10. Uzbekistan (77)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN