Walaupun aksi bola sepak antarabangsa kurang digemari oleh peminat bola sepak, namun drama yang disajikan setiap kali musim bola sepak antarabangsa cukup menarik.
Untuk aksi bola sepak antarabangsa kali ini, kecederaan Seamus Coleman sewaktu diterjah oleh Neil Taylor sewaktu perlawanan antara Ireland dan juga Wales di Aviva Stadium.
Kecederaan itu cukup teruk sehingga menyebabkan kaki Coleman patah dan perlu menjalani pembedahan segera.
Taylor pun sudah dihukum pengadil apabila dibuang padang tempoh hari akibat terjahan itu.
Namun satu perkara yang menjadi perhatian sewaktu Coleman mendapatkan rawatan adalah tindakan dari rakan sepasukan – Shane Long.
Ibu mengandung
Ketika Coleman masih lagi terkejut diterjah sebegitu teruk dari Taylor, Long datang untuk menenangkan kaptennya itu.
Isteri Long iaitu Kayleah memberitahu akhbar Irish Independent yang suaminya itu menenangkan Coleman dengan cara yang sama suaminya lakukan ketika menenangkannya sewaktu beliau melahirkan anak mereka.
“Saya ada masalah ketika melahirkan anak kami, dan doktor ketika itu mengajar suami saya untuk membantu saya bernafas ketika itu.”
“Suami saya kemudian bagitahu saya yang beliau lakukan sama seperti beliau lakukan kepada saya ketika sedang membantu Coleman.”
Mujur dengan bantuan Long itu, Coleman berjaya bernafas dengan baik sewaktu kakinya baru patah itu.
Coleman telah pun berjaya menjalani pembedahan kakiknya dan beliau telah berikan satu mesej khas tanda terima kasih kepada Long atas bantuannya.
Pengurus Ireland, Martin O’Neill berasa sangat gembira apabila pembedahan itu telah selamat dijalankan.
“Saya yakin selepas kecederaan, Coleman akan kembali ke prestasi terbaik beliau selepas ini.”
Coleman bakal berehat selama 9 bulan selepas ini. Semoga cepat sembuh!
Baca juga: Aidil Zafuan Tegaskan Beliau Bersedia Kembali Sarung Jersi Malaysia