Pemain tengah Everton, Andre Gomes mengelami kecederaan serius di kaki sehingga menyebabkan bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min menangis.
Kecederaan tersebut membayangi keseluruhan perlawanan yang menyaksikan pasukan tuan rumah, Everton menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-97 masa tambahan untuk satu mata berharga.
Did Son Heung-min deserve to be sent off for this tackle on Andre Gomes? ?
? = Yes
❤️ = No pic.twitter.com/vQOaW9u1wE
— Goal (@goal) November 3, 2019
Gomes diterjah oleh Son dan mengalami kecederaan selepas jatuh dengan cara yang salah, sekaligus menerima reaksi terkejut dari pemain dan penyokong yang berhampiran ketika insiden.
Son pula dilayangkan kad merah oleh pengadil, Martin Atkinson ketika Gomes menerima rawatan awal di padang sebelum pemain itu dialihkan menggunakan pengusung untuk terus dikejarkan ke hospital.
Bekas pemain sayap Everton, Pat Nevin yang kini bertugas sebagai penganalisis bersama BBC Radio 5 ketika bersiaran langsung di Goodison Park menyifatkan insiden tersebut sebagai ‘amat mengerikan’.
“Pemain kelihatan terkejut dan keliru – masing-masing menekup muka dengan tangan,” ujar Nevin.
“Son kelihatan kecewa dan bersalah selepas dilayangkan kad merah, dan Sege Aurier tidak sanggup melihat dan hanya berdoa.”
Thoughts are with André Gomes who has suffered a horror injury against Tottenham. #GetWellSoon ? pic.twitter.com/1bX04IR5B2
— 433 (@official433) November 3, 2019
Sebelum itu Spurs mendahului melalui jaringan klinikal Dele Alli selepas perlawanan berlalu dengan agak bosan. VAR sekali lagi menjadi isu apabila Everton seperti dinafikan sepakan penalti.
Spurs yang tanpa sebarang kemenangan liga di tempat lawan sejak Januari kelihatan seperti mampu mengumpul tiga mata dari perlawanan ini selepas Alli menghukum hantaran lemah dari pemain Everton, Alex Iwobi.
Selepas itu bola kelihatan seperti terkena tangan Alli di dalam kotak penalti. Namun selepas tiga minit semakan melalui VAR dilakukan, VAR memutuskan tiada sepakan penalti untuk Everton.
Everton menyamakan kedudukan selepas 12 minit masa tambahan akibat kecederaan Gomes, hasil jaringan Cenk Tosun.