Piala Carabao: Kecederaan De Bruyne Bayangi Kemenangan Man City

Kecederaan yang dialami oleh Kevid De Bruyne membayangi kemaraan Manchester City ke suku akhir Piala Carabao selepas skuad kendalian Pep Guardiola menewaskan Fulham 2-0 di Etihad pada awal pagi tadi.

Pemain muda Sepanyol, Brahim Diaz menjaringkan dua gol pada setiap babak perlawanan, untuk memastikan City mara dengan prospek berhadapan sama ada Leicester City atau Southampton di peringkat seterusnya.

De Bruyne terpaksa dikeluarkan dan dilihat terhincut-hincut ketika berjalan keluar tiga minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat.

(Photo by Chloe Knott – Danehouse/Getty Images)

Pemain tengah Belgium itu hanya tampil dalam perlawanan kedua sebagai pemain kesebelasan utama pada musim ini selepas pulih dari kecederaan ligamen di lutut kanan pada Ogos lalu.

“Beliau akan diperiksa oleh doktor pasukan,” ujar Guardiola selepas tamat perlawanan.

“Setakat ini kami belum boleh memastikan tahap kecederaan atau adakah ianya serius,” ujar beliau lagi.

Manchester City’s Kevin De Bruyne goes off injured during the Carabao Cup, Fourth Round match at the Etihad Stadium, Manchester. (Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

De Bruyne menampilkan aksi bertenga dalam kemenangan City sebelum terjatuh dan dilihat mengenggam lutut kiri beliau. Pemain itu terus menuju ke bilik persalinan untuk rawatan sejurus selepas dikeluarkan.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu melakukan 10 pertukaran pemain berbanding skuad yang menewaskan Tottenham Hotspur pada Isnin lalu. Walau pun demikian, pemain pilihan Guardiola ini masih mampu menampilkan aksi yang gagal disaingai oleh Fulham yang menurunkan barisan pemain terbaik mereka.

Brahim Diaz membuka tirai jaringan pada minit ke-18 perlawanan selepas menyambar hantaran Vincent Kompany sebelum bola terbias dan menewaskan Sergio Rico.

(Photo credit should read LINDSEY PARNABY/AFP/Getty Images)

Pemain berusia 19 tahun itu kemudiannya melebarkan kedudukan buat City pada minit ke-65 perlawanan selepas Rico gagal mengawal kemas percubaan awal Gabriel Jesus.

Lawan City di peringkat suku akhir di antara Leicester dan Southampton hanya akan ditentukan pada 27 November hadapan.

Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan tersebut terpaksa ditangguhkan selepas tragedi nahas helikopter yang menimpa pemilik kelab tersebut, Vichai Srivaddhanaprabha pada Sabtu lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN