Keisuke Honda memulakan tugasan rasmi pertama dengan menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan.
Kemboja mengancam pintu gol Malaysia sejak awal perlawanan lagi. Mereka hampir mendahului awal 10 minit pertama namun percubaan terkena palang.
Kemboja di hadapan pada minit ke-18 menerusi Soeuy Visal 18. Satu voli deras dari dalam kotak penalti.
Malaysia cuba membalas gol itu dan melancarkan beberapa serangan namun aksi di dalam kotak serangan agak mengecewakan.
Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak tuan rumah. Mereka jelas bermain baik.
Bermula babak kedua. Malaysia mencipta peluang awal. Minit ke-49 Akhyar RashidRmerembat liar hantaran Syazwan Zainon.
Seminit kemudian kapten Kemboja, Sokhumpeak terlepas peluang keemasan. Selepas hantaran rakannya menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.
Minit ke-57 Kemboja mensia-siakan 1 lagi peluang gol selepas Reung Beunheng gagal menewaskan penjaga gol dalam situasi 1 lawan 1.
Shahrul Saad menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-62. Melakukan tandukan susulan selepas penjaga gol Kemboja gagal mendakap bola kemas.
Selang 12 minit kemudian Syazwan Andik meletakkan Malaysia di hadapan.
Khairul Fahmi melakukan aksi menyelamat untuk menjadikan sepakan percuma lawan pada minit ke-83.
Pada masa kecederaan Malaysia membunuh perlawanan hasil jaringan Sharel Fikri.
Tamat perlawanan Malaysia menang 1-3.