Ia adalah satu perlawanan yang gila dan kebangkitan yang luar biasa oleh City. Mungkin perlawanan UCL yang paling menghiburkan dan penuh dramatik musim ini.
Mungkin juga salah satu perlawanan dengan aksi pertahanan paling teruk untuk UCL musim ini. 8 gol dilepaskan dalam perlawanan ini.
Raheem Sterling meletakkan City di hadapan pada minit ke-26 hasil gerakan Leroy Sane. Namun tidak lama selepas itu, Radamel Falcao menyamakan kedudukan.
Mbappe menjadi bakat yang dicanang oleh seluruh Eropah sejak beberapa bulan ini. Beliau meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-40.
Monaco mendapat peluang untuk menggandakan kedudukan selepas itu, namun sepakan penalti Falcao diselamatkan oleh Willy Caballero.
City menyamakan kedudukan menerusi penyerang kesayangan penyokong, Sergio Aguero pada minit ke-58. Ianya selepas blunder yang dilakukan oleh penjaga gol Monaco, Danijel Subasic.
Bekas penyerang United dan Chelsea, Falcao meletakan pelawat mendahului sekali lagi pada minit ke-61.
Aguero sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-61 untuk menjadikan kedudukan 3-3.
Manchester City kemudian tidak menoleh ke belakang lagi. Stones meletakkan tuan rumah di hadapan dengan jaringan pada minit ke-77.
Sane melengkapkan kebangkitan indah City dengan gol ke-5 pada babak akhir perlawanan.
Kualiti Aguero
Sergio Aguero membuktikan beliau adalah penyerang yang masih berada di ranking antara yang terbaik dunia meskipun seakan-akan sudah bukan pilihan utama lagi dengan adanya Gabriel Jesus.
Gabriel Jesus tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini.
Aguero menjadi ancaman utama Monaco di dalam kotak penalti. Aguero diberikan ciuman terima kasih oleh Pep Guardiola ketika dikeluarkan.
Beliau mengakhiri kemarau 7 perlawanan tanpa gol dengan menjaringkan 2 gol.
Falcao kembali
Seorang lagi penyerang yang menyerlah adalah Falcao. Musim ini adalah musim beliau bangkit dari perjalanan suram karier beliau selepas cemerlang di Atletico.
Falcao kini menjaringkan 20 gol daripada 26 penampilan terakhir beliau. Jumlah penampilan yang sama ketika di United, beliau hanya menjaringkan 4 gol.
Di Chelsea beliau hanya menjaringkan 1 jaringan liga daripada 10 penampilan.
Pep tetap waspada aksi kedua
Walaupun ada kelebihan 2 gol daripada Etihad, pengurus City berkata mereka perlu mencari gol di Monaco nanti.
Beliau turut menyatakan kerisauan beliau untuk perlawanan kedua itu kelak kerana kualiti yang dimiliki oleh Monaco.
Untuk pengetahuan pembaca semuanyaBOLA, Monaco masih belum dibolosi dalam kesemua 4 perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri.
Pep Guardiola dengan tegas berkata:
“Kami perlu menjaringkan gol ataupun kami tersingkir.”
Baca juga: PKNP Terus ‘Membunuh’ Abang Besar, Terengganu Tewas 2-4 Di Tempat Sendiri