Apabila perlawanan El Clasico di antara Barcelona dan Real Madrid ditangguh pada hujung minggu lepas, pasukan Granada yang baru sahaja dipromosi ke La Liga awal musim ini telah membuat kejutan dengan menduduki takhta liga – sebelum Barcelona kembali memintas awal pagi tadi.
Tiada siapa yang pernah menyangka selepas 10 perlawanan, pasukan tersebut mampu pergi sejauh ini dan media di Sepanyol mula menggelar pasukan ini sebagai ‘Leicester City baharu’.
❤️🔝❤️
GRANADA are top of #LaLigaSantander for the first time this century! 🙌 pic.twitter.com/zw5NikxRYI
— LALIGA English (@LaLigaEN) October 27, 2019
Namun di sebalik kejayaan tersebut, terdapat beberapa individu yang menjadi kunci kepada kebangkitan kelab kecil yang berpangkalan di wilayah autonomi, Andalusia itu.
Menanam Benih dan Menuai Hasil
Granada menamatkan musim 2016/17 di saingan La Liga dengan prestasi yang memalukan selepas mereka menghuni dasar liga dan sekadar mengumpul 20 mata.
Tony Adams dilantik menjadi pengurus keempat dalam musim tersebut ketika liga sudah pun di penghujung saingan dan Granada tewas dalam semua tujuh perlawanan di bawah bimbingannya. Beliau kemudian dilepaskan pada penghujung musim.
Tetapi faktanya, tidak dapat dinafikan bagaimana Adams telah berjaya menanam benih kejayaan yang berjaya dituai hasilnya pada hari ini.
“Tony Adams tidak dapat mencipta keajaiban semasa menjadi pengurus, tetapi beliau telah memberi saranan yang cukup penting kepada pemilik kelab, John Jiang,” jelas Heath Chester, seorang wartawan sukan berbangsa Inggeris yang menjadi penyokong Granada dan telah menetap di bandar tersebut sejak 2006.
4 – Tony Adams has become the first Granada manager to lose his first four games in La Liga. Fall. pic.twitter.com/RewWKO1YRt
— OptaJose (@OptaJose) May 1, 2017
Seorang taikun dari China, John Jiang menerusi konsortium ‘HOPE Group’ telah mengambil alih pemilikan Granada pada 2016. Beliau turut memiliki secara bersama kelab Itali, Parma serta pasukan bola sepak di China, Chongqing Dangdai Lifan.
“Semasa Adams mengambil alih pasukan berkenaan, di dalamnya cuma terdapat lima orang pemain warga Sepanyol daripada keseluruhan 28 orang pemain yang terdiri daripada 20 warganegara berbeza.
“Adams menegaskan yang Jiang perlu menstrukturkan semula kelab tersebut dengan menumpukan kepada warga Sepanyol – bermula dengan ahli lembaga pengarah, pengarah sukan, barisan kejurulatihan dan paling penting pemain yang akan beraksi di atas padang.
“Jiang kemudian mengambil serius nasihat itu dan memulakan perubahan dengan melantik bekas pengarah sukan Villareal dan Monaco, Antonio Cordon serta membawa masuk pengarah teknikal, Fran Sanchez.
https://twitter.com/GranadaCFWeb/status/1136741259828183040?s=20
“Dengan kemasukan dua individu penting ini, Granada mula mengubah strategi dengan mengambil pemain-pemain baharu bukan sahaja berasal dari Sepanyol, tetapi mendapatkan pemain yang bermula dari peringkat akar umbi di Andalusia.”
Granada akhirnya bangkit dengan identiti baru sebagai sebuah kelab yang mengutamakan bakat tempatan hasil dari nasihat seorang warga Inggeris dan dijayakan oleh seorang pemilik China.
Daripada kelab yang diibaratkan seperti sebuah kapal yang hampir karam kerana kelemahan pengurusan, mereka akhirnya berjaya menghasilkan sebuah kelab yang stabil dan mempunyai matlamat yang jelas.
Selepas diturunkan ke Liga Segunda (divisyen kedua), mereka menamatkan saingan 2017/18 di kedudukan ke-10. Kemudian pada musim berikutnya, hikayat indah bermula setelah mereka melantik pengurus baru yang muda dan dinamik iaitu Diego Martinez Penas.
Pengurus Muda Berwawasan Jauh
Apabila Granada mengumumkan Diego Martinez sebagai pengurus baharu pasukan tersebut, banyak pihak yang meragui kemampuan jurulatih yang baru berusia 37 tahun itu.
Diego Martinez bukanlah individu yang dikenali kerana tidak pernah menjadi pemain profesional di Sepanyol. Beliau sekadar bermain untuk pasukan remaja Celta de Vigo dan Cadiz sebelum ‘bersara’ sebagai pemain pada usia 20 tahun.
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang kejurulatihan bersama beberapa kelab komuniti dan liga bawahan. Kemudian Diego Martinez diberi peluang melatih pasukan remaja dan simpanan Seville untuk beberapa musim.
Kelab CA Osasuna mendapatkan khidmatnya pada Jun 2017 dan beliau meninggalkan kelab tersebut pada penghujung musim selepas menamatkan saingan liga di kedudukan kelapan sekaligus gagal mara ke peringkat playoff.
Celta might be in the relegation zone. But there are another reason for people in Vigo to be proud: GRANADA are topping LaLiga and they are doing so with a man from Vigo on the bench. Diego Martínez is the youngest coach in LaLiga only 38 (the only coach under 40 in the league) pic.twitter.com/TMxPAULs0d
— Alexandra Jonson (@AlexandraJonson) October 27, 2019
“Jika Diego Martinez mempunyai satu kunci kepada keistimewaannya, ianya adalah sikap beliau yang merendah diri. Beliau berusaha untuk sampai ke kemuncak dengan bermula dari anak tangga paling bawah.
“Kita boleh lihat bagaimana beliau menanam sifat kebersamaan dalam pasukan terutama kepada para pemain sehingga mewujudkan nilai kasih sayang di dalam kelab. Tiada siapa yang istimewa, semua pihak bersama-sama membangunkan pasukan.
“Apabila pemain ditemuramah pihak media, mereka enggan menerima pujian atau kredit secara individu, tetapi fokus kepada usaha berpasukan hasil dari bimbingan jurulatih. Saya tidak pernah melihat kelab yang begitu bersatu hari bermula dari atas hingga ke bawah.” tambah Chester lagi.
Di bawah kendalian Martinez, pemain Granada sangat menyenangi pendekatan pengurus muda itu kerana sikapnya yang tenang serta mempunyai kepimpinannya yang baik.
https://twitter.com/serkanakkoyun_/status/1189298817524477952?s=20
Musim pertama Martinez di Granada, mereka menamatkan saingan Liga Segunda dengan cemerlang di tangga kedua dengan rekod bolos cuma 28 gol dalam 42 perlawanan sekaligus berjaya kembali ke liga utama.
Memasuki musim baharu, pemerhati bola sepak menjangkakan Granada akan melalui tahun yang sukar dan mungkin bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran. Namun segalanya nyata terpesong dari jangkaan mereka.
Memulakan perlawanan pertama mereka di La Liga dengan keputusan seri 4-4 menentang Villareal, Granada meneruskan corak permainan yang tersusun, bekerja keras dan mengukuhkan barisan pertahanan.
Dengan menerima arahan dari pengurus paling muda dalam La Liga yang bersikap tenang, semua pihak memainkan peranan untuk memastikan ahli pasukan mereka menuju arah dan matlamat yang sama.
Pemain Tanpa ‘Nama’
Granada mula mendapat perhatian selepas melakukan kejutan ke atas Barcelona dengan kemenangan 2-0 pada bulan lepas di Stadium Nuevo Los Carmenes. Ia menjadi permulaan kepada empat kemenangan berturut-turut di laman sendiri tanpa sebarang bolos – termasuk kemenangan ke atas Real Betis tempoh hari.
Pemain yang menjaringkan gol pada perlawanan menentang Real Betis hujung minggu lepas, Alvaro Vadillo merupakan salah satu daripada pemain yang pertama kali beraksi di saingan tertinggi.
Menariknya, pemain berusia 25 tahun itu memulakan kariernya bersama Real Betis – kelab yang juga berpangkalan di Andalusia.
June: promoted to La Liga
September: win against Barcelona
October: top of La Liga after 10 gamesGranada are having an incredible season 👏 pic.twitter.com/WgREmrqSqK
— B/R Football (@brfootball) October 27, 2019
Secara kasarnya, separuh daripada pemain Granada tidak pernah bermain di peringkat tertinggi sebelum musim ini. Sementara semasa tempoh rehat antarabangsa yang lepas, cuma tiga orang pemain sahaja – Ramon Azeez (Nigeria), Darwin Machis dan Yangel Herrera (kedua-duanya Venezuela) – yang dipanggil untuk mewakili negara masing-masing.
“Musim terakhir mereka di La Liga adalah satu bencana. Mereka membawa masuk terlalu ramai pemain dari serata dunia tetapi akhirnya di penghujung musim mereka tidak mampu untuk membayar gaji pemain yang tinggi,” ujar Chester.
“Tetapi kali ini mereka mendengar nasihat pengarah sukan serta pengurus dan memutuskan untuk menguruskan kelab dengan cara yang berbeza iaitu mengambil pemain yang tidak terkenal tetapi mempunyai jiwa dan semangat yang kuat.
“Pemilik kelab tidak mahu wang mereka ‘hangus’ lebih banyak dan kini Granada merupakan pasukan ketiga paling rendah dari sudut pembayaran gaji pemain – hanya Valladolid dan Mallorca sahaja membayar gaji pemain mereka lebih rendah.
Un domingo de colores, de deportividad, de derbi y emociones.
Un domingo de granadinismo a flor de piel.
Un domingo para recordar.#GranadaRealBetis #EternaLucha pic.twitter.com/zI5Pz4mfQm
— Granada CF ❤️⚪️ (@GranadaCF) October 28, 2019
“Tetapi mereka telah menjadi pasukan yang memiliki pemain yang mempunyai semangat kebersamaan yang kuat dan sangat seimbang di semua bahagian. Buktinya dapat dilihat dengan enam kemenangan, dua seri dan cuma dua kekalahan dari 10 perlawanan.”
Mampu Juarai La Liga?
Dengan saingan yang masih panjang, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Mungkin sasaran untuk menjuarai La Liga boleh dianggap terlalu tinggi buat mereka.
Namun ianya tidak mustahil seperti yang pernah dilakukan oleh Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris tidak lama dahulu.
Namun sasaran yang lebih realistik buat mereka mungkin terus kekal bertarung di saingan tertinggi dan merebut slot ke pertandingan Eropah.