MSL 2020: Kebangkitan Dramatik Perak Berjaya Ikat Pahang Di Kuantan

Perak

Kebangkitan dramatik Perak yang ketinggalan tiga gol pada separuh masa pertama berjaya mengikat Pahang 3-3 pada aksi ke-11 saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Berdepan Perak yang cemerlang mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut langsung tidak menggentarkan skuad bimbingan Dollah Salleh itu apabila berupaya mengejutkan pasukan pelawat seawal minit kelapan permainan.

Bermula daripada hantaran cantik dilakukan Ivan Carlos terus mencari Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim yang kemudiannya melorongkan bola buat R. Dinesh.

Dinesh yang meluru pantas ke dalam kawasan penalti berjaya menolak masuk bola bagi menewaskan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bagi membuka tirai jaringan.

Nik Muhammad Sharif terus bertindak cemerlang apabila beliau yang melepasi kawalan Rafiuddin Roddin, meledakkan rembatan padu dalam kawasan penalti sekali gagal dihalang Hafizul Hakim pada minit ke-27.

Kelemahan jentera pertahanan Perak jelas kelihatan selepas hantaran cantik daripada Dinesh berjaya melepasi perangkap ofsaid untuk memberikan peluang kepada Mohd Faisal Abd Halim untuk melorongkan bola kepada Ivan Carlos yang mudah menolak masuk gol ketiga tuan rumah.

Memasuki babak kedua, Perak tampil dengan cukup berbeza apabila skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu lebih banyak mengatur gerakan berbahaya ke kubu Pahang yang dikawal Helmi Eliza Elias.

Usaha skuad Yob membuahkan hasil pada minit ke-48 apabila rembatan melencong dari luar kawasan penalti diledakkan J. Partiban kembali merapatkan defisit jaringan.

Pahang turut memiliki peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Faisal Halim ketika berhadapan Hafizul Hakim pada minit ke-51 ditepis dengan baik penjaga gol berusia 27 tahun itu.

Tidak sampai seminit, Guilherme De Paula hampir meletakkan nama selaku penjaring apabila rembatannya hasil serangan balas pantas hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Pahang.

Penjaring terbanyak liga, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi menghidupkan semula api perjuangan Perak pada minit ke-84 selepas percubaan kaki kirinya setelah menerima hantaran lintang dari Muhammad Adib Abdul Raop berjaya menewaskan Helmi.

Partiban akhirnya muncul wira buat Perak apabila percubaannya terkena palang gol lalu bola terkena badan Helmi Eliza yang seterusnya berjaya menerjah gawang Pahang untuk kedudukan kembali terikat pada minit ke-92.

Keputusan seri itu menyaksikan Perak kekal di tangga kedua liga dengan mengumpul 18 mata dan kedudukan itu akan berubah sekiranya Kedah berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Melaka United, Isnin ini.

Manakala Pahang pula di tangga keenam dengan 14 mata diraih hasil empat kemenangan, dua keputusan seri dan empat kekalahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN