Sean Dyche: “Melepaskan Keane Ke United, Bukannya Sains Roket”

Pengurus Burnley ditanya sama ada beliau akan melepaskan pemain utama, Michael Keane ke Manchester United?

Beliau menjawab soalan itu terlalu mudah dah bukannya Sains Roket. Sudah pastinya mereka akan menjual dengan harga yang berpatutan.

Normal untuk pemain seperti Keane mengidam untuk bermain dengan kelab sebesar Manchester United.

Michael Keane kini menjadi buruan beberapa kelab besar. Selain United, pasukan Chelsea, Liverpool dan Everton berminat dengan pemain ini.

Terbaru, Manchester City juga diberitakan berminat untuk mendapatkan bekas graduan Manchester United ini.

England’s and Italy’s

Namun Michael Keane dilihat berpotensi untuk pulang semula ke Old Trafford dalam jendela perpindahan yang akan datang.

Dyche berkata:

“Ianya bukan sains roket. Memang ada kelab lain berminat dengan beliau.”

“Namun Keane sangat fokus kepada kelab ini. Kontrak dia berakhir 2018 ini. Dia masih bercakap dan berlatih seperti biasa.”

“Keane tidak terganggu untuk memikirkan soal keluar dari kelab ini.”

Burnley meletakkan £25 juta sebagai harga pembuka bicara. Namun Dyche merasakan kelab tidak ada keperluan untuk menjual Keane buat masa ini.

Dyche menyatakan, Burnley berada di dalam kewangan yang kukuh. Keane hanya akan dijual jika pemain itu berminat untuk menyertai kelab lain.

Keadaan yang sama berlaku ketika mereka melepaskan Charlie Austin sebelum ini.

Burnley dalam proses untuk melanjutkan kontrak Keane. Namun kami menjangkakan ada klausa perlepasan dimasukkan untuk membolehkan pemain ini keluar.

Baca juga: Highlight: Burnley 0 Tottenham Hotspur 2, Spurs Rapatkan Jurang Mata Dengan Pendahulu!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN