KDN Tamatkan Kontrak Bekas Penyerang Kebangsaan Congo Lebih Awal

Hasrat untuk melihat salah seorang penyerang import termahal musim ini, Chadrack Muzungu beraksi lebih lama dalam saingan Liga Malaysia tak kesampaian apabila beliau sah tidak lagi bersama Kelantan Darul Naim (KDN) musim ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri melalui media rasmi KDN di media sosial dengan menyatakan pihak pengurusan dan Muzungu sendiri menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.

“KDN FC, Muzungu Capai Persetujuan Bersama Penamatan Kontrak. Kelantan Darul Naim FC dan pemain import, Chadrack Lukombe Muzungu mencapai persetujuan bersama penamatan kontrak berkuatkuasa hari ini.

“Bekas pemain antarabangsa Congo itu menyertai KDN FC dengan kontrak semusim pada April selepas dibebaskan kelab Liga Maghribi, RS Berkane.

“Perpindahan Muzungu tidak berjalan seperti dirancangkan selepas diketepikan beberapa minggu kerana cedera. Sebaik kembali, dia gagal menembusi skuad utama termasuklah disisihkan pada 3 perlawanan terakhir Liga Super bulan Julai.

“Presiden, Rozi Muhamad berkata penyerang import itu bersetuju menamatkan kontrak selepas tiga bulan beraksi untuk KDN FC,” jelas kenyataan tersebut.

Musim ini menyaksikan Muzungu hanya beraksi beberapa perlawanan sahaja bersama KDN dan lebih banyak tersisih di tepi padang akibat kecederaan dialami sehingga menyukarkan perancangan kelab.g

Menerusi perkongsian media tersebut, Rozi Muhamad turut mengucapkan supaya Muzungu tampil lebih maju dalam karier bola sepak selepas ini berdsma kelab lain.

“Pihak pengurusan ingin mengucapkan terima kasih kepada Muzungu atas usaha dan khidmatnya kepada pasukan serta kelab.

“Selamat maju jaya dalam karier bola sepak bersama kelab lain pada masa hadapan. Kami juga mendoakan kejayaan Chadrack Muzungu sepanjang kariernya selepas ini”.

Pada masa sama, Rozi sendiri menyatakan beberapa perubahan bakal dibuat termasuk mendapatkan khidmat pemain baharu untuk memperkukuhkan skuad oada jendela perpindahan kedua.

“Keputusan sangat jelas dan muktamad. Kami kena berubah untuk kembali memberi cabaran. Perubahan yang saya lakukan mengikut keperluan sebuah pasukan bola sepak profesional”.

“Saya telah mengambil keputusan tentang pelbagai perkara untuk kelab serta pasukan. Saya akan berusaha semampu mungkin untuk memastikan KDN FC kembali menyengat.”

Sumber:
Kelantan Darul Naim FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN