KDN Sedia Pamer Corak Permainan ‘Cantik’ Untuk Atasi Kedah

Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
00:58
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Kelantan Darul Naim (KDN) dijangka mampu untuk memberi tentangan cukup sengit buat Kedah Darul Aman (Kedah) bagi aksi Liga Super seterusnya membabitkan kedua pasukan tersebut di Stadium Darul Aman (SDA).

Kelab yang berpangkalan di Kelantan itu antara yang mencipta rombakan cukup besar sebenarnya pada musim ini selepas ia turut membabitkan kejurulatihan serta barisan pemain serbah baharu.

Antara mencuri tumpuan pastinya terarah kepada pertahanan import KDN musim ini iaitu Michal Jerabek yang mempunyai latar belakang cukup menyakinkan serta tampil optimis untuk mengatasi Kedah.

Apa tidaknya, KDN buat pertama kali berjaya mencatat kemenangan sulung mereka dalam saingan Liga Super sebelum itu dan momentum tersebut pastinya ingin dipertahankan pasukan berkenaan.

Malah, Jerabek sendiri menuntut supaya mereka dapat mengekalkan momentum positif itu dengan menjadikan Kedah sebagai sasaran seterusnya pula.

“Kami perlu menunjukkan corak permainan terbaik yang ada pada pasukan bagi memperoleh kemenangan di tempat lawan.

“Saya rasa kami semua sangat bersedia biarpun sedar Kedah adalah pasukan sukar untuk dijinakkan terutama ketika beraksi di halaman sendiri,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, bekas pertahanan kebangsaan Republik Czech itu turut menegaskan beliau bersama rakan sepasukan lain sedia untuk bekerja lebih keras setelah melihat kualiti dimiliki Kedah.

“Bukan sesuatu yang mudah apabila bertandang ke Kedah, tetapi kami perlu bekerja keras dalam 90 minit masa perlawanan nanti.

“Kami sudah membuat persediaan rapi termasuk menjalani latihan serta mengambil kira barisan jurulatih.

“Apa yang kami tunjukkan dalam sesi latihan turut cuba diterjemah di dalam padang, selain perlu menunjukkan corak permainan mantap bagi merampas mata pada pertembungan itu,” kata pertahanan kental itu lagi.

Rekod musim lalu menyaksikan KDN gagal memperoleh sebarang kemenangan ketika bertemu Kedah dan sudah tentu rekod tersebut ingin diperbaiki semula.

Walaupun begitu, Jerabek perlu tampil lebih fokus untuk menghadapi ancaman bakal diberi oleh siri serangan Kedah seperti penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad, Milos Gordic, Ebenezer Assifuah serta lain-lain.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN