KDN Rekrut Bekas Pengendali Kelab Divisyen 3 Korea Selatan Untuk Musim Ini

Kelantan Darul Naim (KDN) secara rasminya telah pun memperkenalkan pengendali baharu mereka untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Park Jae-hong secara rasminya diperkenalkan oleh media sosial pasukan tersebut selepas beberapa teka teki timbul tentang siapa jurulatih baharu KDN pada musim ini.

Untuk rekod, Jae-hong sebelum ini pernah mengendalikan kelab di saingan divisyen ketiga Korea Selatan (K3) iaitu Yangju Citizen.

“Mengumumkan ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jaehong. Beliau merupakan bekas ketua jurulatih kelab K3, Yangju Citizen.

“Park Jaehong ketika karier sebagai pemain merupakan bekas anggota skuad kebangsaan Korea Selatan yang menyertai kejohanan Sukan Olimpik Sydney 2000, Piala Asia 2004 dan beliau juga telah bersama skuad Korea Selatan sejak usia 16 tahun.

“Karier pemain, beliau beraksi dengan banyak kelab besar di Korea Selatan seperti Jeounbok Hyundai, Jeongnam Dragons. Beliau menamatkan karier pemain dengan kelab Thailand, Police United FC pada tahun 2013,” jelas media tersebut.

Kehadiran Jae-hong dianggap sangat penting kini kerana KDN pastinya enggan mengulangi rekod mereka pada tahun lalu dalam saingan Liga Super di tangga ketiga tercorot.

Tampil dengan pengalaman cukup luas sebelum itu selaku pemain profesional di pentas antarabangsa bersama Korea Selatan dalam pelbagai kejohanan.

Selaku satu-satunya wakil Kelantan musim ini, pastinya KDN memiliki sasaran tersendiri untuk menarik lebih ramai penyokong hadir ke stadium demi memberikan sokongan buat kelab tersebut.

Sehingga kini, KDN telah pun lengkap menandatangani pemain import mereka dan telah pun diperkenalkan secara rasmi sebelum itu menerusi media sosial pasukan tersebut.

Antara pemain paling mencuri tumpuan pastinya terarah kepada bintang tengah Palestin yang beraksi di saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar iaitu Oday Kharoub.

KDN juga telah mengharungi satu aksi persahabatan bersama wakil kelab dari Thailand iaitu Pattani FC dan merekodkan kemenangan positif serta mendapat maklum balas cukup menggembirakan dalam kalangan penyokong.

Pandangan anda, adakah KDN mampu memberi cabaran lebih getir pada saingan hadapan di pentas domestik berbanding tahun lalu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN