KDN Dijangka Kekal Selaku Kelab ‘Tercorot’ Liga Super

Kelantan Darul Naim (KDN) dijangka akan terus kekal selaku pasukan tercorot Liga Super 2024/2025 minggu ini selepas melihat kepada lawan bakal dihadapi mereka iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).

Seperti diketahui, JDT merupakan satu-satunya pasukan yang masih bersih tanpa sebarang kekalahan selepas mengharungi sembilan perlawanan dengan satu sahaja keputusan seri direkodkan sewaktu bertemu PDRM.

Tampil dengan memperkenalkan ramai pemain-pemain berkualiti di segenap posisi untuk kesebelasan utama dan simpanan, jelas mereka sukar sebenarnya untuk digugat mana-mana pasukan tempatan.

Apatah lagi skuad kendalian Hector Bidoglio masih lagi segar akan keputusan seri 2-2 sewaktu mereka menghadapi cabaran kelab gergasi dari China iaitu Shanghai Port ketika saingan AFC Champions League Elite (ACLE) baru-baru ini.

Pertaruhan mereka untuk terus mengekalkan bintang muda Harimau Malaya iaitu Arif Aiman Hanapi nyata membawa impak positif untuk pasukan itu mengejutkan Shanghai Port di gelanggang lawan.

Momentum positif itu dianggap mampu untuk terus menjulang rekod positif JDT yang kekal tanpa kekalahan pada tahun ini pada aksi seterusnya bertemu KDN.

Walaupun jarak perlawanan lalu dengan aksi hari ini dipisahkan beberapa hari sahaja, Bidoglio dijangka tidak menghadapi sebarang isu kerana beliau memiliki ramai pemain-pemain berkualiti untuk dibawa turun.

Maka ia menjadi suatu tugas cukup berat sebenarnya buat KDN untuk mengumpul sebarang mata pada aksi hari ini di SSI walaupun sudah tampil bersama rombakan.

Setakat ini, KDN dilihat bakal membawa turun para pemain baharu mereka pada aksi bertemu Harimau Selatan seperti bekas penyerang kebangsaan Palestin iaitu Layth Kharoub, Aung Kaung Mann, serta Washington Brandao.

Melihat kepada beberapa rombakan itu, KDN masih lagi tampil optimis meskipun menyedari akan cabaran besar bakal dihadapi mereka pada aksi tersebut.

“Seperti mana kita sedia maklum, JDT adalah sebuah pasukan yang sempurna di setiap posisi. Dengan keadaan pemain KDN FC dalam kondisi terbaik serta bebas dari kecederaan, kami harap dapat beri saingan sengit kepada mereka.

“Penambahan pemain baru import dan tempatan juga diharap dapat membantu kami beraksi lebih baik”, ujar Ashadi Yusoff selaku pembantu jurulatih KDN.

Pada pandangan anda, adakah KDN berpeluang untuk sekurangnya mendapatkan satu mata pada aksi getir hari ini bertemu salah satu kelab terkuat di Asia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN