KDN Culas Bayar Gaji Kepada Kakitangan Selama 7 Bulan?

Kelantan Darul Naim (KDN) terus tampil dengan hal negatif pada saingan musim ini dengan terbaharu ada dakwaan menyatakan pasukan tersebut culas membayar gaji kepada kakitangan kelab itu.

Pendedahan ini dibuat sendiri menerusi Sinar Harian dengan ada kakitangan kelab itu melaporkan nasib malang mereka kerana sudah tidak tahan dengan sikap pengurusan KDN.

Menerusi laporan tersebut, ada kakitangan sokongan kelab tersebut terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang demi menerusian kelangsungan hidup.

Walaupun tindakan tersebut dianggap sangat memalukan, mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana tidak mendapat pembayaran gaji daripada pasukan yang bertapak di Kelantan itu.

“Tujuh bulan kakitangan bekerja tanpa dibayar satu sen pun. Pendedahan ini dibuat selepas dah hilang sabar dengan sikap pihak pengurusan yang seolah-olah lepas tangan.

“Bagi mereka, mungkin satu rahmat apabila kakitangan sokongan masih lagi meneruskan kerja walaupun tidak dibayar, namun bagi saya, tindakan ini zalim.

“Pengurusan tidak sepatutnya lepas tangan. Kalau sebulan dua, boleh terima…ini tujuh bulan. Ingat kakitangan sokongan ini bekerja secara percuma?” ujar sumber tersebut menerusi perkongsian Sinar Harian sendiri.

KDN Dianggap Contoh Buruk Buat Bola Sepak Di Malaysia?

Pada masa sama, situasi terus perit apabila ada sesetengah kakitangan terpaksa menggunakan duit syiling sahaja untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing dek kerana tunggakan tersebut.

Malah ada dalam kalangan mereka terpaksa menyembunyikan kenderaan kerana tertunggak daripada segi pembayaran bulanan atas masalah dialami.

“Pengurusan KDN FC dilihat lebih menjaga kebajikan pemain Liga Super kerana mereka tidak berdepan masalah gaji, tapi membiarkan kakitangan sokongan yang merupakan tulang belakang pasukan terkapai-kapai tanpa pembelaan,” katanya lagi.

Kata sumber itu, mereka telah pun menyuarakan masalah itu kepada pihak pengurusan kelab, namun dilihat tiada sebarang tindakan dibuat untuk menyelesaikannya.

Lebih menyedihkan, majikan juga tidak membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) walaupun pemotongan bayaran ada pada slip gaji.

Perkara ini jelas memalukan sekiranya benar KDN culas dalam pembayaran gaji kerana terdahulu mereka juga pernah terpalit isu bersama ejen pemain dari Korea Selatan.

Pandangan anda?

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN