KDN Bakal Tandatangani 3 Pemain Serangan Import Baharu

Kelantan Darul Naim (KDN) nampaknya sedia mencipta rombakan baharu selepas pasukan itu menampilkan aksi cukup tidak menyakinkan selepas mereka mengharungi saingan Liga Super musim 2024/2025.

Musim kedua di pentas Liga Super, prestasi semasa KDN dianggap tidak begitu memberansangkan walaupun mereka menjadi antara terawal memperkenalkan barisan import serta tempatan baharu.

Selepas mengharungi lapan perlawanan, pasukan tersebut hanya memperoleh satu kemenangan sahaja, selain menjadi kelab paling tumpul di posisi seranvan menerusi empat gol sahaja direkodkan.

Segalanya tampil tidak begitu menyakinkan sehingga pasukan tersebut mendapat kritikan ramai para penyokong yang menginginkan perubahan lebih baik.

Kritikan itu pastinya timbul kerana penyokong tidak rela melihat satu lagi wakil kelab dari Kelantan menjadi belasahan seperti saingan pada musim lalu.

Tatkala Kuching City yang tampil lesu pada tahun lalu secara tiba-tiba meningkat pada musim kedua mereka di Liga Super, sudah tentu KDN juga ditagih untuk mengikuti momentum mereka.

Setakat ini, pasukan tersebut sah melepaskan dua penyerang import mereka dengan lebih awal iaitu Chadrack Muzungu bersama Valdumar Augusto apabila masing-masing gagal menyerlah serta dihimpit isu kecederaan.

Paling menyedihkan, pastinya terarah kepada Valdumar yang menjadi antara pemain paling rajin bergerak di atas padang untuk membantu rakan sepasukan lain tetapi gagal meledak sebarang gol sejak awal saingan berlangsung.

Laporan terbaharu daripada wartawan Astro Arena iaitu Fadhirul Shuhaimi menyatakan David Ribera menjadi pemain terbaharu bakal dilepaskan oleh KDN pada saingan musim ini.

Menurut Fadhirul di media sosial X, kontrak Ribera bakal tamat pada bulan September ini dan KDN kini sedang dalam proses mendapatkan tiga pemain serangan baharu pada jendela perpindahan akan datang.

“Difahamkan pemain sayap kelahiran Bolivia, David Ribera tidak lagi akan bersama Kelantan Darul Naim (KDN) selepas kontraknya berakhir pada September. KDN kini dalam proses merekrut 3 import baru di bahagian serangan,” jelas beliau.

Musim ini menyaksikan pemain kebangsaan Bolivia itu hanya dibawa turun beraksi sebanyak dua kali sahaja selain beliau lebih banyak tersisih selaku pilihan utama kejurulatihan kelab.

Dijangka juga, KDN turut akan memperkukuhkan posisi penjaga gol musim ini dengan mereka bakal mendapatkan pemain tempatan dengan status pinjaman bagi menyemarakkan lagi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN