KDN Bakal Ikut Skrip Kelantan TRW Selaku Kelab Belasahan Liga Super?

Nampaknya, nasib Kelantan Darul Naim (KDN) musim ini tidak seperti kelab lain apabila mereka tampil dengan begitu hambar selepas melalui beberapa perlawanan domestik termasuk saingan Liga Super 2024/2025.

Terdahulu, pasukan ini mencipta kekalahan kali keenam daripada tujuh perlawanan diharungi selepas mereka tewas kepada Penang dalam aksi Liga Super menerusi keputusan penuh 0-3 di Stadium Bandaraya.

Pada aksi tersebut, KDN gagal untuk memberi gambaran terbaik selaku salah satu wakil beraksi di saingan Liga Super dengan mereka lebih banyak bertahan serta tidak mempunyai idea untuk mengatasi lawan.

Walaupun berkelebihan daripada segi kuantiti import jika dibandingkan Penang, pasukan kendalian Park Jaehong itu gagal untuk membuktikan sesuatu lebih baik.

Selepas Kelantan TRW menjadi pasukan belasahan pada saingan tahun lalu, hanya KDN menjadi sandaran segelintir peminat negeri tersebut untuk menjulang maruah mereka pada musim ini.

Berbekalkan rombakan besar dalam kalangan pemain dan kejurulatihan, nyata ia belum cukup buat KDN untuk meningkatkan prestasi mereka berbanding musim lalu.

Malah, mereka juga antara kelab yang mempertaruhkan ramai pemain import mengikut kebenaran kuota diletakkan oleh Malaysia Football League (MFL) selain Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum segalanya masih gagal memberi impak diperlukan.

Di carta liga, KDN kini menghuni kedudukan terakhir selepas mereka hanya memperoleh satu kemenangan sahaja sewaktu mengatasi cabaran PDRM menerusi keputusan 1-0.

Selebihnya, mereka konsisten mengekalkan kekalahan berterusan sehingga kini tergelincir di kedudukan terakhir bersama tiga mata sahaj dikutip daripada tujuh perlawanan diharungi.

Daripada segi jumlah jaringan, KDN hanya mampu meledak empat gol sahaja serta dibolosi sebanyak 16 kali untuk menjadikan mereka paling teruk jika dibandingkan pasukan lain.

Tidak tahu di mana silap, kerana KDN sebenarnya turut mempunyai beberapa pemain berkualiti serta latar belakang menarik termasuk tonggak import seperti Oday Kharoub.

Walaupun perjalanan liga masih panjang, pengurusan bersama kejurulatihan kelab perlu bekerjasama dengan lebih baik selepas ini untuk mengesan serta mengatasi segala kelemahan dimiliki.

Jika tidak, ada kemungkinan KDN akan mengikut jejak langkah Kelantan TRW yang sekadar muncul untuk menjadi pasukan belasahan buat kelab lain serta merekodkan pelbagai perkara negatif lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN