KBS & PSM Sedia Bantu Stadium Shah Alam

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bersedia untuk membantu memulihkan keadaan Stadium Shah Alam dengan menghulurkan khidmat nasihat dan panduan yang diperlukan.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri KBS, Steven Sim Chee Keong seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada hari ini.

“Sudah tentu PSM sebagai badan utama yang menguruskan stadium, kita (KBS) sentiasa bersedia untuk memberikan panduan dan khidmat nasihat kepada pengelola stadium kerajaan, tak kiralah pihak berkuasa tempatan atau kerajaan pusat,” kata Sim ketika ditemui pemberita selepas merasmikan forum Work Opportunities for Young People in the Commonwealth (I-WORK) National Forum hari ini.

Baru-baru ini Stadium Shah Alam yang mula digunaka sejak 1994 itu hangat diperkatakan ekoran serpihan bumbung yang jatuh di tempat duduk penonton yang membawa kepada isu keselamatan.

Perkara tersebut mengundang kenyataan daripada Malaysian Football League (MFL) yang menyifatkan stadium tersebut tidak selamat untuk digunakan di saingan Liga Malaysia selepas pemeriksaan awal dilakukan oleh badan penganjur itu.

Pelbagai pihak tampil selepas itu untuk memastikan Stadium Shah Alam selamat digunakan, termasuk arahan daripada Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Shari agar bumbung tersebut diperbaiki segera.

MFL, Darul Ehsan Facilities Management (DEFM), dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) turut dijadualkan akan mengadakan sesi pemeriksaan kedua pada minggu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN